Aktiviti Kebajikan

PERKIM Lawat Projek Urbankit Masjid Al-Hasanah

oleh: SAFIYYA NUR SAKEENA SALLEHUDDIN

BANGI, 9 Disember 2021 – Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor hari ini melawat ke Masjid Al Hasanah bagi meninjau dan mendengar taklimat Projek Urban Kit yang disampaikan oleh Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Turut hadir, Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Haji Hasbullah L. Isa dan Pengarah Unit Perhubungan Awam Dalam dan Luar Negara PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun.

Masjid Al Hasanah merupakan ‘model farm’ dalam Projek Urbankit ini dan mempunyai sebanyak 70 unit urbankit yang diuji disini.

Projek Urbankit merupakan kaedah akuaponik iaitu konsep gabungan akuakultur dan hidroponik yang menghasilkan ternakan ikan dan sayuran atau buah-buahan yang dapat membangunkan produk pertanian bandar serta menjimatkan kos barangan dapur malah mengindahkan persekitaran.

Teknologi urbankit bukan sahaja menjimatkan kos tetapi teknologi pertanian bandar membantu pengguna mendapatkan sumber makanan di kediaman terhad.

Teknologi tersebut telah mendapat sambutan meluas di sekolah-sekolah, masjid-masjid, syarikat-syarikat dan orang awam.

Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berharap semoga PERKIM di semua peringkat termasuk Bahagian, cawangan mahupun Kebangsaan dapat mengambil peluang bersama-sama menikmati manfaat Projek Urbankit dalam usaha kita membasmi kemiskinan di negara ini.

Tambahnya, Inovasi urbankit ini dapat membantu golongan asnaf dan fakir miskin dalam menjana pendapatan sendiri.

Related Articles

Back to top button