Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

44 Ahli, Mualaf PERKIM Cawangan Masjid Tanah Adakan Lawatan Sambil Belajar di Melaka

MELAKA, 19 OKTOBER 2023 – Seramai 44 orang ahli-ahli dan mualaf PERKIM Cawangan Masjid Tanah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat di negeri Melaka sebagai menimba ilmu dan menjalinkan hubungan ukhuwah dalam kalangan ahli-ahli dan mualaf.

Antara tempat yang dilawati Rumah Sei Kenangan Cheng, Hub Halal Melaka Serkam, PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Masjid Selat Melaka dan Masjid China Melaka.

Tuan Hj Taib Baba selaku Pengerusi Cawangan Masjid Tanah telah mengetuai rombongan lawatan tersebut.

Turut diadakan taklimat mengenai PERKIM Bahagian Negeri Melaka kepada ahli dan mualaf-mualaf.

Mereka dijamu dengan makan tengahari di Restoran Chan Mari Chan Kampung Morten Melaka yang dimiliki oleh YBhg Datuk Mohd Chan Abdullah yang juga merupakan seorang mualaf yang berjaya dalam perniagaan makanan dan memiliki beberapa buah restoran di Kuala Lumpur dan Melaka.

Rombongan disambut oleh Biro Kebajikan dan Mualaf yang diketuai oleh Ustaz Hj Tajuddin bin Osman dan Tuan Haji Mohd Nor Haji Mansor, Setiausaha Kehormat PERKIM Cawangan Masjid Tanah serta Hjh Sabariah Jamil Ahmad, Pengerusi Wanita PERKIM Masjid Tanah.

Turut serta Tuan Hj Shahrin Abdullah, Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) Melaka.

Related Articles

Back to top button