Video
Ziarah Mahabbah Eratkan Hubungan PERKIM Dengan Komuniti India Kampung Sungai Puntar
ππππ₯ππ π πππππππ ππ₯ππ§πππ‘ ππ¨ππ¨π‘πππ‘ π£ππ₯πππ πππ‘πππ‘ ππ’π π¨π‘ππ§π ππ‘πππ ππ π¦π¨π‘πππ π£π¨π‘π§ππ₯
50 buah keluarga di Kampung Sungai Puntar disantuni melalui Program Ziarah Mahabbah anjuran bersama PERKIM Kebangsaan dan MAIWP.
Program yang mendapat kerjasama Perkim Bahagian Negeri Kedah, Perkim Cawangan Daerah Kuala Muda serta serta Persatuan Dakwah Islamiah dan Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (Al-Hidayah) Kedah telah menziarahi dari rumah ke rumah membawa bukan sahaja hamper makanan, tetapi juga mesej perpaduan, hormat-menghormati dan kasih sesama insan.
Melihat senyuman penduduk pelbagai kaum dan agama yang hidup harmoni mengingatkan kita bahawa Malaysia dibina atas nilai kebersamaan, bukan perbezaan.



