Warga PERKIM Adakan Bacaan Yasin Sempena Bulan Sya’aban 1446H
oleh: SRZ
KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2025 – Warga Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menghadiri Majlis Bacaan Surah Yasin Sempena Bulan Sya’aban bertempat di Surau PERKIM, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini pada pagi Isnin.
Majlis dihadiri seramai lebih 50 orang itu terdiri daripada pegawai dan kakitangan PERKIM Kebangsaan, Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL) dan Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Pegawai Dakwah dan Pembangunan Insan, Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah.
Ia disusuli dengan ucapan Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.
Datuk Nordin dalam ucapannya menekankan tanggungjawab umat Islam dalam membimbing mereka yang belum beriman kepada Allah SWT, seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Anfal ayat 55 bermaksud: “Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman.”
Katanya, walaupun hidayah adalah hak mutlak Allah, usaha dakwah tetap perlu diteruskan dan PERKIM perlu memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas tersebut kerana organisasi kita bertanggungjawab untuk mendekati individu dan komuniti dalam menyebarkan ajaran Islam.
Beliau turut menyentuh tentang sambutan Tahun Baru Cina dalam kalangan masyarakat Muslim Cina. Perbezaan antara perayaan agama dan budaya dijelaskan di mana Islam mengatasi budaya dalam aspek keagamaan.
Datuk Nordin turut berkongsi pengalaman peribadi beliau sewaktu di negara China di mana pengaruh Islam di beberapa wilayah seperti Guangzhou, Inner Mongolia, dan Xinjiang.
Jelasnya, sejarah kedatangan Islam ke Nusantara dan sumbangan sahabat Nabi, Saad bin Abi Waqqas ketika berdakwah ke negara China juga diketengahkan sebagai bukti dakwah Islam yang berkembang sejak dahulu.
Beliau juga menekankan kepentingan memperkasakan program dakwah dan pendidikan, khususnya bagi golongan mualaf.
Katanya yang juga mewakili Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, PERKIM diiktiraf sebagai organisasi utama dalam membela mualaf dengan sokongan dana kerajaan.
Justeru, usaha dalam bidang latihan, pendidikan, dan dakwah kepada keluarga mualaf perlu dipertingkatkan agar mereka dapat memahami Islam dengan lebih mendalam.
Ulas beliau lagi, keperluan memodenkan pengurusan PERKIM dibincangkan supaya ia menjadi sebuah organiasi yang lebih profesional dan berdaya saing.
Kata Datuk Nordin, dengan perancangan strategik dan sokongan akademik, PERKIM diharapkan dapat menjadi organisasi yang memainkan peranan besar dalam pembangunan Islam, bahkan mampu melengkapi usaha kerajaan dalam menyebarkan syiar Islam di Malaysia.
Beliau berharap agar PERKIM menjadi pusat rujukan Islam yang lebih besar dan berfungsi sebagai markas Islam Malaysia pada masa hadapan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin dalam ucapan ringkasnya menekankan kepentingan persiapan menyambut bulan Ramadan.
Katanya, bulan Ramadan diibaratkan sebagai bulan peperiksaan bagi umat Islam kerana Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan peluang untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Jelas Dato’ Razali, persiapan awal dari segi keimanan, fizikal dan mental amat diperlukan bagi memastikan ibadah puasa dapat dijalankan dengan sempurna.
Selain itu, beliau memesan warganya khususnya muslimat untuk menyelesaikan tanggungan seperti puasa ganti dan fidyah sebelum Ramadan tiba.
Kata beliau, pembersihan persekitaran, penyediaan peralatan ibadah serta persiapan jasmani juga digalakkan bagi memastikan kesihatan tubuh badan dalam keadaan baik sepanjang Ramadan.
Dato’ Razali turut merancang untuk mengadakan satu program khas bersama para ulama bagi membincangkan penambahbaikan ibadah sepanjang Ramadan.
Beliau mengakhiri ucapannya dengan doa agar dipertemukan kami semua ke dalam bulan Ramadan. Mudah-mudahan Allah SWT memilih kita untuk bertemu di bulan Ramadan Al-Mubarak kelak.
Majlis berakhir dengan ucapan doa disampaikan oleh Ustaz Jais Mariappan.
Turut hadir ialah, Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun.
Ustaz Jais Mariappan memimpin bacaan Yasin sempena awal bulan Sya’aban.
Warga Muslimat PERKIM yang turut serta bersama membaca surah Yasin.
Antara warga PERKIM yang hadir untuk bersama-sama membaca surah Yasin.
Ustaz Jais Mariappan membaca surah Yasin dengan penuh tenang dan tartil.
Surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran.
Datuk Nordin selaku Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM menyampaikan ucapannya.
Datuk Nordin berkata, tanggungjawab umat Islam dalam membimbing mereka yang belum beriman kepada Allah SWT.
Jelas Datuk Nordin lagi, usaha dalam bidang latihan, pendidikan, dan dakwah kepada keluarga mualaf perlu dipertingkatkan agar mereka dapat memahami Islam dengan lebih mendalam.
Dato’ Razali menekankan kepentingan persiapan menyambut bulan Ramadan.
Kata Dato’ Razali, persiapan awal dari segi keimanan, fizikal dan mental amat diperlukan bagi memastikan ibadah puasa dapat dijalankan dengan sempurna.
Ustaz Jais Mariappan memimpin doa penutup majlis.
Warga Muslimat PERKIM mengaminkan doa yang dipimpin oleh Ustaz Jais Mariappan.