Aktiviti KebajikanAktiviti Wanita PERKIM

Wanita PERKIM Ziarah Keluarga Arwah Josen Yap Abdullah

5 OGOS – RAWANG. Di atas keprihatinan nasib ibu tunggal dan empat orang anak yang masih kecil, Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menziarahi balu kepada arwah mualaf, Faridah Razali, 26,di Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya 2, Bukit Beruntung di sini pagi tadi.

YBhg Prof Madya Dr Nur’azah Dato’ Abdul Manaf selaku Bendahari Kehormat Wanita PERKIM Kebangsaan merangkap Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM mengetuai rombongan ziarah.

Dr Nur’azah turut menyampaikan salam dari Ketua Wanita PERKIM, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Turut bersama mengikuti rombongan ialah Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg Datin Mawanchik Che Jais; Pengarah Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM, YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad; Penolong Pegawai Wanita PERKIM Kebangsaan, Puan Fatin Hamizah Ismail dan Naib Pengerusi PERKIM Cawangan Serendah, Ustaz Abdul Ghani Krishana Moorthy.

Faridah hilang tempat bergantung apabila suami beliau, Allahyarham Muhammad Josen Yap Abdullah, 44, telah mengembuskan nafas terakhirnya di sini akibat penyakit paru-paru berair, jantung bengkak dan darah tinggi pada 14 Jun lalu.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Muhammad Ya-Hakim Yap, 5 tahun; Siti Sakinah Yap, 3 tahun; Siti Humaira Yap, 2 tahun dan Siti Latiffa Yap, 5 bulan.

Faridah selaku suri rumah tangga sepenuh masa juga merupakan warganegara Vietnam Muslim berketurunan Melayu Champa berkebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Cham.

Faridah bersama anak-anaknya telah menerima sumbangan bantuan makanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), PERKIM Cawangan Serendah, kariah surau dan komuniti setempat.

Beliau juga sedang memohon bantuan sewa rumah daripada LZS sebanyak RM400 sebulan.

Di akhir sesi ziarah, Prof Dr Nur’azah mewakili Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan merangkap Pengasas Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS), YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM500 kepada Faridah.

Aktiviti ziarah dan sumbangan oleh Wanita PERKIM Kebangsaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Faridah dan anak-anaknya.


Rombongan Wanita PERKIM Kebangsaan bersama Ustaz Abdul Ghani menziarahi balu dan anak-anak Allahyarham Josen Yap Abdullah.


Rombongan ziarah menemubual Faridah Razali mengenai kehidupan mereka sekeluarga selepas beberapa bulan Allayarham meninggal dunia.


Prof Dr Nur’azah mewakili Ketua Wanita PERKIM, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyampaikan sumbangan kepada Faridah.


Rombongan Wanita PERKIM Kebangsaan berkesempatan bergambar kenang-kenangan bersama keluarga Allahyarham Josen Yap Abdullah.


Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan merangkap Pengasas Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS), YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Related Articles

Back to top button