Wacana Rakan Seagama (WARAS)

Wacana Rakan Seagama (WARAS)
Pada: 6 September 2019 (Jumaat) 6 Muharram 1441H
Masa: 9.00 am – 12.00 pm
Tempat: IDIP-KL, 250-D, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur
Ucapan Perasmian Pelancaran:
YABhg Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM)
Tajuk Wacana : “Bersatu Dalam Rahmah”
Moderator :
YBhg Dr. Suariza @ Hidayah Muhammad (PERKIM Kebangsaan)
Penalis :
1. YBhg Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah (Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM)
2. YBhg Dr. Ann Wan Seng (Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM)
3. YBhg Dr. Mohd Sukki Othman (Pensyarah Kanan UPM)
4. YBhg Dr. Che Amir Farid Che Isahak (Pengerusi INSAF)
Program Wacana Rakan Seagama (WARAS) bertemakan “ Bersatu Dalam Rahmah” sebagai wacana bersiri dilaksanakan oleh PERKIM Kebangsaan.
Perkataan “rahmah” yang diadaptasikan dalam Bahasa Melayu ejaannya disesuaikan menjadi “rahmat” yang bermaksud kelembutan hati dan perasaan empati yang mendorong seseorang melakukan kebaikan kepada pihak lain yang patut dikasihi dan disayangi.
Di dalam Al-Quran Allah SWT menyifatkan Rasulullah SAW sebagai Rahmatan Lil Alamin bermaksud “rahmat buat sekian alam”. Istilah ini kemudiannya diperbahas dan dikembangkan menjadi salah satu konsep dalam hubungan kemanusian dan interaksi sosial.
Di Malaysia, kempen memperkenalkan Islam sebagai agama rahmah telah dimulakan. Konsep ini dijadikan sebagai asas dalam membangunkan teras serta mencorak dasar urus tadbir yang berasaskan Al-Quran. Keadaan Malaysia yang unik sebagai sebuah Negara berbilang bangsa adalah konteks yang menarik untuk dibincangkan.
Sifat belas kasihan dan ketegasan Rasulullah SAW adalah elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam memelihara dan memartabatkan Islam. Dua elemen tersebut adalah prinsip utama yang perlu diterapkan dalam pembangunan kerangka serta pelaksanaan konsep Rahmatan lil Alamin di Malaysia.
Konsep Rahmatan Lil Alamin adalah sesuai dengan teras penubuhan PERKIM yang diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadikan PERKIM sebagai pusat penyatuan kepelbagaian kaum di Malaysia dibawah satu akidah yang sama.
Justeru itu, perpaduan yang dianjurkan dalam Islam diterjemahkan oleh PERKIM melalui program Wacana Rakan Seagama (WARAS).