SUA PERKIM Ingatkan Warganya Agar Bersyukur, Tidak Takabur, Tidak Sombong
oleh: UMAG
KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2023 – Seramai 56 pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan termasuk Institut Dakwah Antarabangsa Islam PERKIM (IDIP-KL) serta Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE) berhimpun di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga PERKIM Kebangsaan bertempat di Dataran Dakwah, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, pagi Jumaat.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan.
Majlis telah diacarakan oleh Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan, Encik Muhammad Farhan Tee Abdullah manakala Abdul Qawi Navine Abdullah selaku Penolong Pegawai Dakwah IDIP-KL memimpin bacaan doa pembuka majlis.
Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor menyampaikan ucapan amanatnya dalam perhimpunan tersebut.
Beliau dalam ucapannya berkata, kita harus bersyukur kepada Allah kerana ini merupakan perhimpunan yang terakhir bagi tahun ini dalam bulan ini dan perhimpunan yang akan datang ialah pada tahun hadapan.
Dr Yusof Noor turut mengingatkan ada baiknya jikalau kita sentiasa bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
Nikmat Allah itu tidak terhitung jumlahnya seperti mana firman Allah dalam Surah Luqman ayat 27 yang bermaksud: ‘Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.’
Kata Dr Yusof Noor lagi, Allah mengajar kita supaya kita jangan bertakabur dan jangan sombong. Allah mengetahui bahawa manusia ini kalau tidak diperingatkan dia akan sombong.
Tambahnya, setiap orang Islam yang sedar akan kewajipannya sebagai seorang insan mestilah bersyukur kepada Allah.
Dr Yusof Noor memesan pegawai dan kakitangannya agar berbelanja dengan berhemah sambil memetik Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: ‘Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.’
“Pada masa ini biasanya akan berlaku banjir di Kelantan, Pahang dan Terengganu serta mengajak warganya bersama-sama mendoakan agar mereka akan terselamat.” kata Dr Yusof Noor mengakhiri ucapannya.
Turut hadir ialah Pengarah Kanan Dakwah, Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin, Setiausaha Kerja Eksekutif PERKIM Kebangsaan, Encik Zulkefli Arifin; Pengarah Unit Aset dan Pembangunan PERKIM, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa; Pengarah UDPI, YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad serta Pengarah Unit Penerbitan dan Media Baru PERKIM Kebangsaan, Encik Firdaus Lokman Tah.
Pasukan Nasyid PERKIM Kebangsaan menyampaikan nyanyian lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan.
Kepimpinan PERKIM berdiri tegak sambil menyanyikan lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan.
Warga PERKIM menyanyikan lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan.
Farhan Tee menyampaikan ucapan selaku pengacara majlis.
Warga PERKIM menadah tangan ketika doa dibacakan.
Warga PERKIM mengaminkan doa yang dibacakan.
Dr Yusof Noor menyampaikan amanat di hadapan warganya.
Warga PERKIM Kebangsaan mendengar amanat yang disampaikan oleh Dr Yusof Noor.
“Allah mengajar kita supaya kita jangan bertakabur dan jangan sombong serta sentiasa bersyukur,” kata Dr Yusof Noor kepada 56 warganya.
Dr Yusof Noor memesan pegawai dan kakitangannya agar berbelanja dengan berhemah.
Warga PERKIM Kebangsaan mendengar amanat yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Kehormatnya.