SKOP Khas Wanita Angkat Isu Media Sosial dan Maruah Muslimah
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Lebih 160 peserta wanita memenuhi Dewan Seminar Aras 1, Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jalan Sultan Azlan Shah, di sini pagi tadi sempena penganjuran Siri Kuliah Dakwah Perdana (SKOP) Khas Wanita anjuran bersama PERKIM Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
SKOP kali ke-23 yang bertemakan “𝑀𝑒𝑑𝑖𝑎 𝑆𝑜𝑠𝑖𝑎𝑙 & 𝑀𝑎𝑟𝑢𝑎ℎ 𝑊𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚𝑎ℎ, 𝑆𝑒𝑗𝑎𝑢ℎ 𝑀𝑎𝑛𝑎 𝐻𝑎𝑑 𝐾𝑖𝑡𝑎?” itu mendapat kerjasama Wanita PERKIM Kebangsaan yang disertai oleh saudara baharu wanita, ahli-ahli Wanita PERKIM dan pelajar muslimat Darul Quran JAKIM.

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦, 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐬𝐚 berkata, penganjuran SKOP Khas Wanita menjadi ruang untuk membina kefahaman mendalam terhadap isu semasa yang melibatkan wanita.
Menurutnya, media sosial hari ini bukan lagi sekadar hiburan, sebaliknya sudah membentuk gaya fikir, gaya hidup bahkan martabat wanita Muslimah dalam masyarakat.
Justeru, Nur Syahirah menyeru agar semua peserta mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu yang diketengahkan oleh panel jemputan.
Tambahnya, program berprestij itu menjadi medan perbincangan ilmiah mengenai peranan dan cabaran wanita Muslimah dalam mendepani gelombang dunia digital masa kini.
Majlis dimulakan dengan pengacaraan penuh bersemangat oleh 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 (𝐈𝐃𝐈𝐏-𝐊𝐋), 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐲𝐲𝐚 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐚𝐤𝐞𝐞𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧, disusuli bacaan doa oleh 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐒𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐮𝐧𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐇𝐚𝐦𝐝𝐚𝐧, bagi memohon keberkatan Allah SWT ke atas perjalanan majlis.

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐳𝐧𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐬𝐦𝐢 dalam ucapan aluannya menzahirkan penghargaan kepada PERKIM Kebangsaan atas jemputan istimewa kepada Wanita PERKIM Kebangsaan untuk bersama-sama menyokong penganjuran SKOP Khas Wanita.
Beliau berucap mewakili 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐘𝐓𝐌 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐍𝐨𝐨𝐫 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐣 melahirkan rasa syukur kerana dengan izin Allah SWT, para hadirin dapat berhimpun pada pagi penuh barakah ini.
Mengulas tema program, beliau menegaskan bahawa persoalan media sosial dan maruah Muslimah sangat relevan dalam konteks semasa kerana platform tersebut bukan sahaja menjadi wadah komunikasi, bahkan mampu mengangkat atau menjatuhkan maruah seseorang wanita.
Dato’ Hajah Maznah turut mengingatkan para peserta dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 yang menuntut umat Islam agar meneliti setiap berita sebelum menyebarkannya, bagi mengelak fitnah dan keruntuhan maruah.
Katanya, penganjuran SKOP Khas Wanita diharap dapat membuka minda, meningkatkan kefahaman serta membina kekuatan rohani wanita Muslim dalam mendepani cabaran dunia digital.
Pada masa sama, ia juga menjadi jambatan ukhuwah antara PERKIM dan masyarakat, khususnya golongan wanita.
Majlis perasmian disempurnakan oleh 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐥𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐚𝐛𝐮𝐝𝐢𝐧 yang mewakili 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐃𝐫 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐌𝐚𝐫𝐳𝐮𝐤𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐎𝐦𝐚𝐫.

Dato’ Razali dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur dengan kejayaan penganjuran siri ke-23 SKOP yang secara konsisten menjadi wadah merapatkan hubungan antara ahli, anggota dan masyarakat.
Menurut beliau, siri sebelum ini diadakan di Perlis dan Pahang dengan sambutan ratusan peserta, sekali gus membuktikan SKOP diterima baik masyarakat.
Dato’ Razali menjelaskan bahawa SKOP Khas Wanita merupakan siri kedua yang memfokuskan kepada kaum wanita selepas kejayaan penganjuran edisi pertamanya tahun lalu.
Katanya, wanita adalah tulang belakang kepada kejayaan program dakwah PERKIM kerana majoriti peserta yang hadir dalam siri-siri terdahulu adalah daripada golongan wanita.
Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bahawa PERKIM Kebangsaan akan terus bekerjasama erat dengan Wanita PERKIM Kebangsaan dalam melaksanakan pelbagai program dakwah, khususnya membabitkan wanita dan masyarakat asnaf.
Dato’ Razali turut merakamkan penghargaan kepada MAIWP yang menyalurkan dana hasil kutipan zakat untuk menyokong penganjuran program dakwah PERKIM.
Beliau menyeru hadirin agar sentiasa mendoakan keberkatan kepada para pembayar zakat agar kesinambungan aktiviti dakwah ini dapat diteruskan.
Beliau juga menyentuh usaha berterusan PERKIM dalam menyalurkan bantuan peralatan perubatan, keperluan pendidikan anak-anak mualaf serta pelbagai bentuk kebajikan lain. Katanya, ia akan terus diperkasa melalui kerjasama strategik bersama pelbagai pihak.
Forum SKOP Khas Wanita kali ini dikendalikan oleh moderator berkaliber, 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐢𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐚𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 yang pernah menerima 𝘼𝙣𝙪𝙜𝙚𝙧𝙖𝙝 𝙆𝙝𝙖𝙨 𝙏𝙤𝙠𝙤𝙝 𝙈𝙖𝙖𝙡 𝙃𝙞𝙟𝙧𝙖𝙝 2024 𝙠𝙖𝙩𝙚𝙜𝙤𝙧𝙞 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙖𝙠𝙬𝙖𝙝 𝙒𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖.
Beliau mengemudi perbincangan dengan penuh cermat, menjadikan sesi forum lebih interaktif dan mudah difahami.
Dua panelis jemputan iaitu 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐟𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐃𝐚𝐬𝐮𝐤𝐢 selaku pendakwah dan perunding motivasi serta 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐀𝐳𝐢𝐥𝐚 𝐒𝐡𝐚𝐦𝐬𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 selaku pakar motivasi spiritual keluarga Islam, berjaya mengupas tajuk utama dengan mendalam.
Ustazah Isfadiah dalam bicaranya menekankan bahawa media sosial ibarat pasar terbuka di mana pengguna bebas berkongsi apa sahaja, termasuk perkara peribadi yang boleh meruntuhkan maruah diri.
Hal ini, katanya, memberi kesan besar terhadap emosi, rumah tangga dan masyarakat. Beliau menegaskan bahawa media sosial boleh dijadikan “tentera Allah” untuk menyebarkan kebaikan sekiranya dimanfaatkan dengan berprinsip dan amanah.
Justeru, wanita Muslimah digesa menghasilkan kandungan bermanfaat berlandaskan nilai al-Quran agar memberi impak berpanjangan.
Mengulas pengalaman peribadi, beliau menceritakan bagaimana membimbing anaknya yang bercita-cita menjadi YouTuber agar memahami tujuan dan cabaran dunia digital.
Menurutnya, matlamat utama bermedia sosial ialah tabligh iaitu menyampaikan mesej kebaikan dan bukannya semata-mata mengejar populariti.
Beliau menekankan peranan ibu bapa, khususnya kaum ibu, untuk mengawal penggunaan gajet di rumah kerana data menunjukkan penggunaan internet tertinggi berlaku di kediaman sendiri.
Tegasnya, wanita berperanan sebagai “queen control” yang mampu menentukan peraturan keluarga demi menjaga maruah generasi akan datang.
Sementara itu, Ustazah Azila Shamsudian menekankan kepentingan niat ikhlas dalam setiap amal, termasuk ketika menggunakan media sosial.
Beliau mengingatkan bahawa segala amal dinilai berdasarkan niat, maka setiap perkongsian perlu diniatkan kerana Allah SWT.
Beliau menekankan kepentingan komunikasi dalam keluarga kerana ramai remaja kini hilang arah akibat kurang bimbingan di rumah.
Katanya, ibu bapa perlu menjadi pihak pertama yang mendengar persoalan anak-anak dan membimbing mereka dengan ilmu, bukannya membiarkan mereka mencari jawapan sendiri di media sosial.
Menurut beliau, cabaran terbesar bukan sahaja mendidik anak-anak, tetapi juga memimpin diri sendiri. Ibu bapa perlu memperkukuh ilmu dan iman agar dapat menjadi teladan terbaik kepada generasi muda.
Dalam pusingan kedua, Ustazah Isfadiah turut menegaskan bahawa wanita boleh berhias dan tampil cantik, tetapi mestilah mengikut syariat dan tidak terjebak kepada tabarruj jahiliah.
Katanya, tokoh wanita Islam seperti Saidatina Khadijah, Fatimah az-Zahra, Asiah isteri Firaun dan Maryam binti Imran merupakan contoh “populariti berlandaskan iman” yang perlu diteladani.
Bicara Ustazah Azila pada pusingan kedua pula menyatakan bahawa wanita hari ini berdepan cabaran besar berupa buli siber dan kecaman media sosial.
Katanya, luka fizikal boleh sembuh tetapi kata-kata kesat yang ditulis meninggalkan parut berpanjangan.
Beliau mengingatkan bahawa pujian dan celaan sama-sama boleh menguji hati, justeru wanita Muslimah perlu istiqamah dalam menyebarkan kebaikan di alam maya.
Malah, beliau menekankan bahawa setiap amal baik, meski kecil, akan kekal sebagai pahala jariah walaupun selepas seseorang meninggal dunia.
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderamata oleh Dato’ Razali diiringi Bendahari Kehormat Wanita PERKIM Kebangsaan, Prof. Madya Dr. Nur’azah Dato’ Abdul Manaf kepada panelis Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan Ustazah Azila Shamsudian. Moderator Nur Ain Sumaiyah pula menerima Al-Quran Edisi Khas PERKIM sebagai tanda penghargaan.
Turut hadir, 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗛𝗮𝘀𝗻𝗮𝗵 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗠𝗮𝘄𝗮𝗻𝗰𝗵𝗶𝗸 𝗖𝗵𝗲 𝗝𝗮𝗶𝘀, 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗿𝗶𝘇𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗱𝘂𝗸𝗮 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗿𝘀𝗶𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗼𝗻 dan 𝗗𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗱𝘂𝗸𝗮 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗽𝗶𝗽𝗮𝗵 selaku 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗿𝘂.
Program kali ini turut disokong oleh pasukan urus setia 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗿𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗶𝘇𝗮𝘁 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶, 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗺𝗶𝘇𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹, 𝗡𝗼𝗿𝗹𝗮𝗶𝗹𝗶𝗮𝗹𝗽𝗶𝗻 𝗦𝘂𝗿𝗮𝘁𝗺𝗮𝗻, 𝗨𝗺𝗶 𝗠𝘂𝘀𝗳𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗚𝗵𝗮𝗻𝗶, 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗹𝗶𝗮𝗻𝗮 𝗔𝗿𝗶𝗳𝗳𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝗿𝗶𝘀𝗵𝗮 𝗛𝗮𝘇𝗹𝗶𝘇𝗮𝗺.
Dengan keberkatan ilmu dan ukhuwah yang terjalin, SKOP Khas Wanita ke-23 membuktikan peranan wanita Muslimah bukan sahaja sebagai pendidik keluarga, malah sebagai benteng maruah ummah dalam era digital.

Peserta hadir dalam sesi pendaftaran SKOP Khas Wanita.

Safiyya mengacarakan SKOP Khas Wanita selaku juruacara majlis.

Tetamu kehormat dan barisan panelis hadir di SKOP ke-23 di Dewan Seminar Bangunan PERKIM.

Siti Munirah memimpin bacaan doa pembuka majlis.

Tetamu kehormat menadah tangan ketika doa dibacakan.

Ahli Majlis Wanita PERKIM turut hadir dan mengaminkan doa.

Dato’ Maznah menyampaikan ucapan aluan di SKOP Khas Wanita.

Wanita PERKIM Johor turut hadir dan mendengar ucapan yang disampaikan.

Dato’ Razali menyampaikan ucapan perasmian mewakili Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.

Peserta Muslimat hadir bagi mendengar majlis ilmu yang disampaikan.

Menurut Dato’ Razali, wanita adalah tulang belakang kepada kejayaan program dakwah PERKIM.

Ustazah Isfadiah dalam bicaranya menekankan bahawa media sosial ibarat pasar terbuka di mana pengguna bebas berkongsi apa sahaja,

Ustazah Isfadiah menegaskan bahawa media sosial boleh dijadikan “tentera Allah” untuk menyebarkan kebaikan sekiranya dimanfaatkan dengan berprinsip dan amanah.

Saudara baharu wanita mendengar kuliah yang disampaikan oleh barisan panelis.

Ustazah Azila menyatakan bahawa wanita hari ini berdepan cabaran besar berupa buli siber dan kecaman media sosial.

Ustazah Azila mengingatkan bahawa pujian dan celaan sama-sama boleh menguji hati, justeru wanita Muslimah perlu istiqamah dalam menyebarkan kebaikan di alam maya.

Peserta mualaf mengajukan soalan dalam sesi soal jawab.

Dato’ Razali menyampaikan plak cenderahati PERKIM kepada Ustazah Isfadiah.

Ustazah Azila menerima plak cenderahati PERKIM daripada Dato’ Razali sambil disaksikan oleh Prof Madya Nur’azah Dato’ Abdul Manaf.

Dato’ Razali menyampaikan Al-Quran Edisi Khas PERKIM kepada Nur Ain Sumaiyah.

Tetamu kehormat bersama barisan panelis dan peserta bergambar di akhir SKOP Khas Wanita.



