Siri 13 : Surah Al-Fil – Tadarus Interaktif Bersama Saudara Muslim | Ustaz Muhammad Jais

Sacred Hour: Tadarus Interaktif Bersama Saudara Muslim PERKIM Siri 13 – Surah Al-Fil (Gajah)
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَـٰبِ ٱلۡفِيلِ (١) أَلَمۡ يَجۡعَلۡ كَيۡدَهُمۡ فِى تَضۡلِيلٍ۬ (٢) وَأَرۡسَلَ عَلَيۡہِمۡ طَيۡرًا أَبَابِيلَ (٣) تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ (٤) فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفٍ۬ مَّأۡڪُولِۭ (٥)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4) Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. / (5)
Bimbingan : YBrs Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah (Pengawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM Kebangsaan)
Dibawakan oleh : Digital Dakwah (DIDIK) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan