Pengumuman

Setinggi-tinggi Tahniah

Warga dan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dengan penuh sukacita merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐊𝐚𝐦𝐚𝐫𝐮𝐥𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐊𝐚𝐛𝐞𝐞𝐫, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk, sempena Ulang Tahun Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2025.

Sesungguhnya penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan yang amat bertepatan dengan jasa dan sumbangan besar YBhg. Datuk dalam memperkasa agenda kebajikan, pembangunan ummah serta pengukuhan syiar Islam di negara ini.

Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM mendoakan agar YBhg. Datuk terus dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kekuatan untuk terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada:

Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM

Related Articles

Back to top button