Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-75 Yang Dipertua PERKIM
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍
Dengan penuh takzim dan rasa hormat, seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-75 kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada 4 Ogos 2025.
Semoga YAB Datuk Patinggi sentiasa diberikan panjangan usia yang penuh keberkatan, dianugerahkan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin negeri Sarawak dan memayungi perjuangan murni PERKIM.
Doa kami agar YAB Datuk Patinggi terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui kepimpinan, khususnya dalam memperkasa kebajikan umat Islam dan mualaf di seluruh negara.
“Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan oleh Allah SWT dalam semua urusan.”
Ikhlas daripada:
Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM