Pertemuan Khas Tan Sri SUA Bersama Setiausaha PERKIM Bahagian-Bahagian, Wanita Dan Belia
KUALA LUMPUR – 23 Mac 2022 : Seramai sebelas orang Setiausaha Kehormat dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian-bahagian menghadiri Sesi Perjumpaan Khas Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan bersama Setiausaha-setiausaha PERKIM Bahagian, Wanita dan Belia yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini.
Sesi perjumpaan tersebut diacarakan oleh Pegawai Unit Perancangan, Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPPP) PERKIM Kebangsaan, Muhammad Farhan Tee Abdullah dan mengalu-alukan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan, YBhg. Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor serta meraikan kehadiran Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian dari Negeri Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Pahang, Sarawak, Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan.
Bacaan doa pula dipimpin oleh Pegawai UPPP, YBrs Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah
Turut hadir ialah, Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Perlis, YBhg. Tuan Hj. Abdul Shukor Shamsuddin; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Melaka, YBhg. Dr. Zainal Mohamed; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Sembilan, Aslam Nawabdin; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, YBrs. Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Pahang, Mahadi Deraman; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Sarawak, YBhg. Datin Mazlin Darus; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Terengganu, YBhg. Tuan Haji Abd Ghafar Mamat; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Perak, Mahathir M. Razi; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Kedah, YBhg. Tuan Haji Turdey Abdullah; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Pulau Pinang, Abdul Bahrin dan wakil Setiausaha PERKIM Bahagian Kelantan, Mohd Noor Hamat
Hadir sama, Pengarah Perhubungan Awam Dalam dan Luar Negara PERKIM Kebangsaan, YBhg. Dato’ Abdul Hanif Harun; Setiausaha Kerja (Pentadbiran & Program) PERKIM Kebangsaan, Tuan Haji Mamat Che Chik; Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Melaka, YBhg. Hajah Sabariah Jamil Ahmad; Naib Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Melaka, Hawa Bentong; Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Terengganu, YBhg Tuan Haji Mohd Subri Bin Jaafar; Pegawai Kewangan PERKIM Kebangsaan, Riana Sukma Taslim; Pegawai UPPP PERKIM Kebangsaan, Nur Syahirah Musa; Pegawai Perhubungan Awam Dalam dan Luar Negara PERKIM Kebangsaan, Nur Safiyya Sakeena Sallehuddin dan kakitangan PERKIM Bahagian Terengganu, Muhammad Amer Imran Mohd Azman.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan, YBhg Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor.
Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat memaklumkan tujuan perjumpaan adalah untuk memastikan adanya penyelarasan urus tadbir di antara PERKIM Kebangsaan dengan PERKIM Bahagian, Wanita dan Belia. Beliau turut memaklumkan peranan Setiausaha Kehormat dalam menguruskan urusan pentadbiran di peringkat PERKIM Bahagian seperti mana yang telah termaktub dengan jelas di dalam Perlembagaan PERKIM Kebangsaan.
Sesi perjumpaan ini telah dirancang untuk diadakan lebih awal, namun tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak COVID-19.
Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat turut memberi peluang kepada semua Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian yang hadir untuk berucap dan menyatakan hasrat mereka.
Majlis berakhir dengan bacaan doa dan jamuan makan.