Aktiviti KebajikanAktiviti Kelab PERKIM

PERKIM Ziarah Pesakit Cilik PPUKM

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI 

“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan Beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat),” (al-Hajj:77)

AMALAN kebajikan yang dilakukan oleh seseorang sebenarnya adalah untuk kebaikan dirinya dan untuk manfaat dalam kehidupannya.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan bersama Kelab Perkim Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Petaling Jaya (PAUIAPJ) berkesempatan menziarahi 100 pesakit di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 21 Mac 2014 lalu.

Dengan keprihatinan penderitaan dan kesakitan yang ditanggung oleh kanak-kanak yang terlantar, Perkim menziarahi mereka di Wad Pediatrik 4A, Wad Sekolah Dalam Hospital 4B, Wad Pembedahan Pediatrik 4K, Wad Rawatan Intensif Pediatrik dan Pusat Thalassaemia sambil menyumbangkan 100 buah tangan kepada pesakit.

datuk-hjh-tunku-noor-hayati-tunku-abdul-rahmanPengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Pembangunan Wanita Perkim, Tunku Datuk Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj berkata, program itu merupakan salah satu kaedah merapatkan silaturahim antara Perkim dan pesakit pusat perubatan tanpa mengira agama serta bangsa mahupun keturunan.

“Tujuan Perkim adalah untuk berkongsi di mana kanak-kanak tersebut memerlukan sokongan motivasi, belaian, kasih serta mesra daripada kami dan semoga ia mendapat keberkatan dari-Nya,” kata anak bongsu bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Pada masa sama, ziarah itu juga adalah untuk menyahut seruan kerajaan dan menunjukkan keprihatinan Perkim serta menyampaikan mesej dan membuka mata masyarakat mengenai kepentingan amalan menziarahi pesakit,” kata beliau selaku Naib Yang Dipertua Perkim.

Noor Hayati berkata, terdapat sumbangan berbentuk alat tulis tajaan kartun animasi Bola Kampung dan permainan itu diharapkan dapat membantu menceriakan kanak-kanak.

“Perasaan gembira, syukur dan terharu akan timbul apabila kita menjadi sala seorang pesakit yang diziarahi serta menerima sumbangan daripada pihak-pihak tertentu,” jelas beliau yang juga Ketua Wanita Perkim.

“Dengan menziarahi pesakit-pesakit kita dapat menyelami dan menghayati penderitaan mereka yang sedang menghadapi musibah,” ujar Noor Hayati ketika menyampaikan buah tangan kepada pesakit.

“Ada antara pesakit mengalami gangguan saraf, kecederaan kepala disebabkan kemalangan, mendapat rawatan saraf susulan, pembedahan kerana ketumbuhan, kanser tulang, keabnormalan semula jadi dan menjalani pembedahan plastik,” jelasnya.

“Di samping itu, beliau turut menghiburkan pesakit dan menasihatkan agar tabah dan mendoakan pesakit agar segera sembuh,” ujarnya.

Sebelum itu, rombongan ziarah turut diberi taklimat prosedur lawatan ke wad oleh Pengurus Jururawat Kanan Disiplin Pediatrik dan Psikiatri PPUKM, Jamilah Fakir Mohamad yang turut mengiringi Pengurus Jururawat Klinikal, Che Tom Sabri dan Pegawai Perhubungan Awam PPUKM, Norhayati Md. Raji bertempat di Dewan Sukmaria PPUKM.

prof-dr-zarina-abdul-latifSementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik PPUKM, Prof. Dr Zarina Abdul Latif ketika menyampaikan ucapannya, melahirkan kegembiraan atas kunjungan rombongan Perkim dalam satu majlis ringkas berkata, kedatangan rombongan pada hari ini sedikit sebanyak telah memberikan keceriaan dan kesyukuran kepada pesakit-pesakit.

“Walaupun sibuk dengan tugas seharian yang lain, tetapi program seperti ini tidak menghalang kami untuk menjalankan usaha amal dan menyumbangkan ke arah memupuk kesejahteraan masyarakat di mana pemberian sumbangan dalam program lawatan sebegini adalah suatu usaha kemasyarakatan yang amat membanggakan,” ujar beliau.

Kata Dr. Zarina, PPUKM amat mengalu-alukan mana-mana badan swasta, badan bukan kerajaan atau persendirian untuk menyertai aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat untuk meringankan beban para pesakit yang mengharap belaian dan ehsan daripada kita.

Jelasnya lagi, Perkim telah beberapa tahun berturut-turut menganjurkan lawatan khidmat masyarakat ke PPUKM atau dahulunya dikenali sebagai Hospital UKM (HUKM).

“Lawatan khidmat masyarakat seumpama ini menjadi contoh kepada pihak luar selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab,” jelasnya.

Beliau turut berharap kerjasama yang terjalin di antara PPUKM dengan Perkim akan berterusan demi memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan dan berharap agar Perkim dapat mendedahkan aktivitinya kepada masyarakat.

Turut hadir, Pegawai Dakwah dan Inovasi Perkim; Muhammad Farhan Tee Abdullah, Penolong Pegawai Wanita Perkim, Nooraida Arifin dan Yang DiPertua Kelab Perkim PAUIAPJ, Mohamad Khalis Othman.

1
Dr. Zarina menyampaikan ucapannya di Dewan Sukmaria PPUKM kepada ahli rombongan.

2
Ahli rombongan ziarah Perkim dan Kelab Perkim PAUIAPJ di Dewan Sukmaria.

3
Dr. Zarina (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Tunku Noor Hayati.

4
Mahasiswa Kelab Perkim PAUIAPJ membawa sumbangan bagi menziarahi pesakit PPUKM.

5
Tunku Noor Hayati (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pesakit cilik.

6
Tunku Noor Hayati (kanan) mengunjungi pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik PPUKM.

7
Tunku Noor Hayati (kiri) membelai pesakit kanak-kanak sambil diperhatikan oleh ibunya.

8
Kanak-kanak bersama ahli keluarganya dikunjungi oleh Tunku Noor Hayati (kanan).

9
Farhan (kiri) turut menziarahi dan menemubual ibu pesakit.

10
Kanak-kanak berasa gembira apabila menerima alat tulis tajaan Bola Kampung daripada Tunku Noor Hayati (kiri).

11
Mahasiswa Kelab Perkim PAUIAPJ menziarahi pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik PPUKM.

12
Tunku Noor Hayati (kiri) menyampaikan sumbangan dan cenderahati tajaan Bola Kampung kepada pesakit yang menghidap kanser tulang.

14
Ceria wajah pesakit kanak-kanak apabila mereka diziarahi dan diberikan buah tangan.

15
Kakitangan Perkim menziarahi pesakit kanak-kanak dan bertanyakan tentang penyakit yang dialaminya melalui ibu pesakit.

16
Tunku Noor Hayati membelai pesakit kanak-kanak dan mendoakan agar segera sembuh.

17
Gembira terpaut di wajah pesakit kanak-kanak apabila diziarahi dan diberikan buah tangan.

18
Pesakit kanak-kanak gembira apabila diziarahi dan diberikan sumbangan oleh Tunku Noor Hayati.

19
Tunku Noor Hayati dan mahasiswa kelab Perkim menziarahi pesakit dan bertanya mengenai sakit yang dihadapi oleh anak kepada ibu bapa pesakit.

20
Tunku Noor Hayati menziarahi Muhammad Nasri yang mengalami Hidrosefalus iaitu kepala membesar akibat cairan.

21
Mahasiswa Kelab Perkim bersama Tunku Noor Hayati menziarahi pesakit sambil menyampaikan buah tangan.

22
Farhan turut menziarahi pesakit yang telah menjalani pembedahan.

23
Pesakit kanak-kanak menerima sumbangan dan buah tangan daripada Perkim.

24
Mahasiswa turut menziarahi pesakit kanak-kanak sambil ditemani oleh ibunya.

25
Kanak-kanak berasa seronok apabila mendapat buah tangan daripada Tunku Noor Hayati.

27
Pesakit kanak-kanak menerima sumbangan buah tangan daripada Tunku Noor Hayati (kanan).

26
Petugas dan kakitangan Wad Pediatrik PPUKM bergambar kenang-kenangan bersama Tunku Noor Hayati.

28
Petugas dan warga PPUKM bersama ahli rombongan ziarah bergambar kenang-kenangan.

Related Articles

Back to top button