PERKIM Santuni Asnaf Di Musim COVID-19
PERKIM meneruskan misi pengagihan Bantuan Makanan di beberapa kawasan Lembah Klang pada 6 Mei 2020.
Berikutan penularan jangkitan wabak COVID-19, PERKIM membantu asnaf saudara baru, fakir dan miskin yang bermastautin di sekitar Lembah Klang di bawah Program Bantuan Makanan PERKIM kerana mereka telah hilang mata pencarian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac hingga 12 Mei 2020.
Para Pasukan Kebajikan PERKIM telah menghantar Program Bantuan Makanan PERKIM menggunakan tiga buah van dan sebuah pacuan empat roda ke kawasan Sungai Besi, Wangsa Maju, Gombak dan Setapak.
Sebanyak 12 set barangan makanan dihantar ke kawasan Sungai Besi, manakala 24 set di Wangsa Maju, 40set di Gombak dan 50 set di Setapak.
Penerima bantuan masing-masing menerima barangan makanan seperti beras, tepung, gula, sardin, krimer, biskut, kopi, teh, kurma, kordial, mi segera, bihun, minyak masak, sos cili, kicap dan garam.
Selain itu, terdapat juga barangan kebersihan seperti ubat gigi, pencuci pinggan, sabun badan, sabun pencuci baju, topeng muka dan pencuci tangan (hand sanitizer).
Antara petugas dan sukarelawan PERKIM yang terlibat ialah Muhammad Farhan Tee Abdullah, Mohd Jogi Maruli Panjaitan, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan, Hamidah Ismail, Aizat Rosli, Rahman Ismail, Amran Anbarasu Abdullah, Jamilatun Noor Hamid@ Hashim, Siti Fatimah Ladda Abdullah, Azura Abdul Rahman, Umizah Wanir Mohd. Anuar, Mua’lish Shah Mohd. Anuar, Umi Musfirah Abdul Ghani, Mohd. Nazly Ismail, Abdul Razak, Md. Yusop Suboh, Khairul Anuar Mohd. Subari, Mohd. Noor Hamim Suntong.
Sebarang sumbangan boleh dibuat secara tunai/online melalui akaun: AFFIN BANK 1050 2000 2899 (PERKIM – TABUNG KEBAJIKAN TUNKU)
Maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM Kebangsaan.
– Muhammad Farhan Tee Abdullah – 017-4788934
– Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan – 013-3574786
– Amran Anbarasu Abdullah – 016-8067864