Aktiviti Kebajikan

PERKIM Hargai Pasukan Kebajikan PERKIM

Baru-baru ini Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) menyampaikan sebanyak 100 set bantuan makanan kepada Pasukan Kebajikan PERKIM bagi menghargai mereka dalam mengagihkan Program Bantuan Makanan PERKIM kepada golongan asnaf.

Majlis tersebut diadakan di bilik ruang legar Bangunan PERKIM Jalan Ipoh Kuala Lumpur pada 8 Mei 2020 lalu.

Terdahulu, Pasukan Kebajikan PERKIM telah menyampaikan sebanyak lebih 1000 set barangan makanan dan kebersihan serta wang tunai kepada asnaf di sekitar Lembah Klang bermula dari 30 April hingga 7 Mei 2020 lalu.

Pasukan Kebajikan PERKIM menghantar sumbangan menggunakan tiga buah van, sebuah pacuan empat roda dan empat buah kereta PERKIM ke kawasan Shah Alam, Petaling Jaya, Selayang, Batu Caves, Wangsa Maju, Bandar Baru Sentul, PPR Pekan Batu, Jalan Ipoh, Taman Wahyu, Hulu Langat, Banting, Lembah Pantai, Subang Jaya, Puchong, Ampang Utara, Ampang Selatan, Sungai Buloh, Kampung Baru, Chow Kit, Kampung Pandan, Jalan Tar, Setiawangsa, Keramat, Bandar Tun Razak, Cheras, Pudu, Kepong, PPR Desa Puri, Desa Aman Puri, Gombak, Setapak, Klang, Rawang, Sungai Buaya dan Bukit Beruntung.

Penerima sumbangan kategori saudara baru, fakir dan miskin menerima set Program Sumbangan Makanan PERKIM kerana hilang mata pencarian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac hingga 12 Mei 2020 berikutan penularan jangkitan wabak COVID-19.

Menurut Timbalan Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM, Mohd Yusof Ahmad mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada petugas dan Pasukan Kebajikan PERKIM kerana menjayakan Program Bantuan Makanan PERKIM kepada golongan asnaf bersempena menyambut Ramadan AlMubarak 1441H.

Kata beliau, Sesungguhnya, sumbangan pasukan ini amat besar ertinya bukan sahaja kepada PERKIM malah kepada penerima bantuan juga yang dapat manfaat.

PERKIM tidak lupa memberikan saguhati kepada petugas barisan hadapan dan barisan belakang yang berpenat lelah dan keringat dalam mengangkat, memunggah, menyusun, mengasingkan serta memasukkan sekali gus menghantar barangan makanan ke dalam kotak berlabel Program Bantuan Makanan PERKIM.

Antara barangan makanan ialah seperti beras, tepung, gula, sardin, krimer, biskut, kopi, teh, kurma, kordial, mi segera, bihun, minyak masak, sos cili, kicap dan garam.

Selain itu, terdapat juga barangan kebersihan seperti ubat gigi, pencuci pinggan, sabun badan, sabun pencuci baju, topeng muka dan pencuci tangan (hand sanitizer).

Menurut Yusof, apa yang kita mengharapkan ialah keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Beliau sekali lagi mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.

Yusof turut menyampaikan set barangan makanan kepada setiap Pasukan Kebajikan PERKIM di akhir majlis.

Antara pegawai dan sukarelawan PERKIM yang terlibat ialah Muhammad Farhan Tee Abdullah, Mohd Jogi Maruli Panjaitan, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan, Hamidah Ismail, Aizat Rosli, Rahman Ismail, Amran Anbarasu Abdullah, Jamilatun Noor Hamid@ Hashim, Siti Fatimah Ladda Abdullah, Azura Abdul Rahman, Umizah Wanir Mohd. Anuar, Mua’lish Shah Mohd. Anuar, Umi Musfirah Abdul Ghani, Abdul Razak Md. Yusop Suboh, Khairul Anuar Mohd. Subari, Mohd. Noor Hamim Suntong dan lain-lain.

Related Articles

Back to top button