PERKIM Agih Lagi 200 Bantuan Makanan Buat Mualaf, Fakir, Miskin

Kira-kira sebanyak 579 pek sumbangan Program Bantuan Makanan PERKIM telah diagihkan kepada golongan asnaf saudara baru, fakir dan miskin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sejak 30 April 2020 lalu.
Hari kelima ini menyaksikan pergerakan Pasukan Kebajikan PERKIM mengagihkan 200 pek sumbangan Program Bantuan Makanan ke beberapa lokasi iaitu Kampung Bharu, Chow Kit, Setiawangsa, Keramat, Kampung Pandan, Saujana Utama dan Sungai Buloh.
Setiap pek terkandung barangan makanan seperti beras, tepung, gula, sardin, krimer, biskut, kopi, teh, kurma, kordial, mi segera, bihun, minyak masak, sos cili, kicap dan garam.
Selain itu, terdapat juga barangan kebersihan seperti ubat gigi, pencuci pinggan, sabun badan, sabun pencuci baju, topeng muka dan pencuci tangan (hand sanitizer).
PERKIM membantu golongan asnaf saudara baharu, fakir dan miskin bagi mengurangkan bebanan dan kesukaran sumber mata pencarian yang mereka hadapi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan jangkitan wabak COVID-19.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kehormat, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor turut mendoakan Pasukan Kebajikan PERKIM dilindungi Allah SWT daripada sebarang penyakit dan mara bahaya serta diberikan keberkatan dan kesenangan di dunia dan akhirat.
Antara petugas dan sukarelawan PERKIM yang terlibat ialah Muhammad Farhan Tee Abdullah, Mohd Jogi Maruli Panjaitan, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan, Hamidah Ismail, Aizat Rosli, Rahman Ismail, Amran Anbarasu Abdullah, Jamilatun Noor Hamid@ Hashim, Siti Fatimah Ladda Abdullah, Azura Abdul Rahman, Umizah Wanir Mohd. Anuar, Mua’lish Shah Mohd. Anuar, Umi Musfirah Abdul Ghani, Mohd. Nazly Ismail, Abdul Razak, Md. Yusop Suboh, Khairul Anuar Mohd. Subari, Mohd. Noor Hamim Suntong.
Sebarang sumbangan boleh dibuat secara tunai/online melalui akaun: AFFIN BANK 1050 2000 2899 (PERKIM – TABUNG KEBAJIKAN TUNKU)
Maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM Kebangsaan.
– Muhammad Farhan Tee Abdullah – 017-4788934
– Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan – 013-3574786
– Amran Anbarasu Abdullah – 016-8067864