Aktiviti Dakwah

PERKIM Kebangsaan Terima 2 Juta Daripada MAIWP

foto: UMAGKUALA LUMPUR, 3 APRIL 2024 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menerima  sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan bantuan aktiviti dan kos operasi di Majlis Iftar Bersama Asnaf bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan pada petang Selasa.

Cek cura berjumlah RM2 juta daripada MAIWP telah disampaikan oleh Pengerusi MAIWP YBhg Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer kepada Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim sambil disaksikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg Datuk Mohd Nizam Haji Yahya.

Selain itu, Pengerusi MAIWP turut menyampaikan cek cura kepada Pertubuhan Gerakan India Muslim Malaysia (GEPIMA) sebanyak RM 200 ribu, Pertubuhan Dakwah Interaktif dan Tarbiah (IDT) sebanyak RM 300 ribu, Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) sebanyak RM 50 ribu dan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia sebanyak RM 50 ribu.

MAIWP turut menyumbang cenderahati kepada 400 orang asnaf yang hadir pada majlis ini menjadikan keseluruhan bantuan yang disalurkan sebanyak RM 20.02 juta. Selain itu, kanak-kanak yang hadir turut diraikan dengan agihan duit raya.

Datuk Nordin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak MAIWP di atas bantuan diberikan khususnya bagi pelaksanaan aktiviti dan program dakwah, kebajikan, pendidikan kepada mualaf serta asnaf.

Seramai 70 saudara baharu PERKIM turut diraikan dengan agihan bantuan barangan makanan.


Saudara baharu PERKIM hadir dalam sesi pendaftaran iftar dan bantuan barangan makanan.
Seramai 70 orang saudara baharu PERKIM mendaftar bagi melayakkan diri untuk bantuan barangan makanan.


Tuan Haji Syed Kamarulzaman (tengah) menyampaikan cek cura MAIWP berjumlah RM2 juta kepada Dato’ Nordin sambil disaksikan oleh Datuk Mohd Nizam.


Datuk Nordin (kiri) menerima cek cura MAIWP berjumlah RM2 juta bagi bantuan aktiviti dan kos operasi daripada Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman (tengah).


Penerima cek cura MAIWP terdiri daripada PERKIM Kebangsaan, Pertubuhan Gerakan India Muslim Malaysia (GEPIMA), Pertubuhan Dakwah Interaktif dan Tarbiah (IDT), Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) serta Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia bergambar bersama Tuan Haji Syed Kamarulzaman dan Datuk Mohd Nizam.

Related Articles

Back to top button