Aktiviti Dakwah

PERKIM Kebangsaan Jayakan Majlis Korban 1446H, 500 Hadirin Terima Agihan Daging

KUALA LUMPUR, 8 JUN 2025 – Majlis Ibadah Korban anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H telah berlangsung pagi tadi bertempat di Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan secara tahunan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan mualaf, sukarelawan, pelajar dan kakitangan PERKIM.

Persiapan awal telah dijalankan pada petang Sabtu menerusi aktiviti gotong-royong yang disertai oleh mualaf, para sukarelawan serta kakitangan PERKIM Kebangsaan.

Sebanyak lapan ekor haiwan korban telah disembelih sempena majlis kali ini, terdiri daripada lapan ekor lembu dan seekor kambing.

Pecahan sumbangan korban adalah tiga ekor lembu merupakan bahagian pelajar saudara Muslim kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan, dua ekor lembu sumbangan daripada PERKIM Kebangsaan sendiri, satu ekor lembu daripada PERKIM Wanita Kuala Lumpur, satu ekor lembu daripada PERKIM Wilayah Persekutuan dan seekor kambing disumbangkan oleh orang awam.

Seramai 18 orang petugas yang terdiri daripada kakitangan PERKIM Kebangsaan dan PERKIM Wilayah Persekutuan, sukarelawan serta pelajar kelas pengajian Islam PERKIM Kebangsaan berada di pusat sembelihan seawal jam 1.00 pagi .

Lokasi penyembelihan haiwan korban bertempat di Jalan Gombak Batu 10, Ulu Gombak, Kuala Lumpur. Mereka diketuai oleh Pegawai Dakwah dan Pembangunan Insan, Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah.

Selesai penyembelihan, daging korban telah dibawa pulang ke Bangunan PERKIM untuk diagihkan.

Sebahagian daripada daging tersebut telah dimasak untuk jamuan makan tengah hari iaitu sup daging dan daging masak kunyit.

Daging korban telah diagihkan kepada kira-kira 500 orang penerima yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum, selari dengan misi PERKIM dalam menyantuni masyarakat tanpa mengira batas perbezaan agama dan bangsa.

Majlis turut menjadi medan dakwah dan pemerkasaan ukhuwah dalam kalangan saudara baharu Islam serta masyarakat setempat.

Para penerima melahirkan rasa syukur dan terharu atas sumbangan dan usaha murni PERKIM dalam memastikan tiada golongan terpinggir dalam menyambut Aidiladha.

Majlis berakhir pada jam 2.00 petang dengan jamuan makan tengah hari kepada semua tetamu yang hadir.

Dengan terlaksananya majlis korban ini, PERKIM terus komited dalam misi dakwah dan kebajikan.


Muhammad Jais dan para sukarelawan diĀ  lokasi penyembelihan haiwan korban bertempat di Jalan Gombak Batu 10, Ulu Gombak, Kuala Lumpur.


Sebahagian kakitangan PERKIM sedang memotong daging korban lembu kepada potongan kecil.


Puan Fatimah Ladda dan Puan Hamidah (pelajar KPIPK) sedang mendaftarkan para peserta yang hadir.


Sukarelawan yang terdiri dari kalangan pelajar KPIPK sedang menyediakan bahan-bahan mentah untuk memasak daging korban.


AsyrafĀ (kiri) dan NizamĀ (kanan) sedang melapah daging dari kaki lembu korban.


SaufiĀ (kiri)Ā bersama seorang sukarelawan sedang mengapak tulang daging.


Sulaiman DingĀ (kiri) dan Nurkhaira (kanan) sedang mengacau lauk daging yang sedang mendidih.


Sukarelawan sedang memotong daging kepada potongan kecil.


Para sukarelawan sedang memotong kepingan daging besar.


Pelajar KPIPK sedang menyediakan sarapan pagi untuk sukarelawan yang bertugas.


Sebahagian daging korban yang telah siap dibungkus ke dalam bekas.

Related Articles

Back to top button