Aktiviti Dakwah

PERKIM Kebangsaan Anjur Retreat Pemantapan Organisasi Kepada Pegawai Bahagian Negeri-Negeri

oleh: SRZ

JELEBU, 24 OKTOBER 2023 – Bagi meningkatkan tahap kualiti kerja, tanggungjawab, jati diri dan motivasi kakitangan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah mengadakan Retreat Pemantapan Organisasi PERKIM Kebangsaan Bersama PERKIM Bahagian bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu, dekat sini.

Program itu menghimpunkan seramai 53 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan PERKIM Kebangsaan, PERKIM Bahagian Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Kelantan, Insititut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL), Tadika PERKIM Kampung Koh dan Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya PERKIM.

Pengarah Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin telah menyampaikan taklimat dan makluman berkenaan aktiviti sepanjang dua hari satu malam kepada peserta program.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor kemudiannya menyampaikan amanat pada program tersebut.


Dr Yusof Noor berkata, program tersebut diadakan bertujuan untuk membina silaturahim di antara pegawai dan kakitangan PERKIM bagi mewujudkan ukhuwah secara spiritual dan membina semangat jatidiri serta motivasi di antara satu sama lain di samping membentuk satu organisasi yang padu.

Jelasnya, punca perkara negatif sesama di antara kita ialah kerana tidak mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain.

Hasrat pimpinan PERKIM ialah untuk menjadikan setiap kakitangannya seorang pendakwah walaupun mereka berada di berlainan unit.

Turut diadakan aktiviti ice breaking dan beberapa permainan dikendalikan sepenuhnya oleh dua pemudah cara iaitu Ustaz Jamal Zaidi Ismail yang juga selaku Penolong Pengarah Kanan Masjid Wilayah Persekutuan dan Ustaz Zulqarnain Hassan selaku Ketua Unit Integriti dan Komunikasi Korporat Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Antara aktiviti permainan diadakan ialah ikut arahan, kenal nama peserta, susunan mengikut umur dan lain-lain.

Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Warrior, Qawi, Taawon dan An-Najah.

Peserta kumpulan turut diberikan tugasan membuat nama, cogankata, logo dan tiga perkataan motivasi disusuli dengan pembentangan.

Turut diadakan aktiviti ‘Sabar Jela’ di mana peserta dikehendaki membawa bola ping pong melalui lima batang paip yang disambung-sambung sebelum dimasukkan ke dalam baldi manakala aktiviti simpulan kasih pula peserta perlu melepaskan diri dari ikatan tali secara perseorangan atau berpasangan.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerja Eksekutif PERKIM Kebangsaan, Encik Zulkefli Arifin; Pengarah Pembangunan dan Aset PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa; Pengarah Pembangunan Pendidikan dan Operasi PERKIM Kebangsaan, YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad.


Dr Yusof Noor menyampaikan amanatnya kepada 53 pegawai PERKIM seluruh Malaysia.


Antara pegawai PERKIM yang hadir di Retreat Pemantapan Organisasi PERKIM.


Pegawai dari PERKIM Kebangsaan, PERKIM Bahagian Negeri-negeri, IDIPKL dan IDIP Kelantan hadir.


“Hasrat PERKIM ialah untuk menjadikan setiap kakitangannya seorang pendakwah walaupun mereka berada di berlainan unit,” ujar Dr Yusof Noor.


Dato’ Razali menyampaikan taklimat program kepada peserta.


Solat berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Ghazali Ismail.


Pemudah cara, Ustaz Jamal Zaidi (tengah) dalam aktiviti ‘ice breaking‘.


Aktiviti taaruf diadakan bagi kenal mengenal di antara satu sama lain.


Peserta kumpulan membuat tugasan yang diberikan.


Peserta kumpulan Qawi membuat pembentangan nama kumpulan, logo dan cogankata.


Kumpulan Taawon membentangkan nama kumpulan, logo dan cogankata.


Nama kumpulan, logo dan cogankata dibentangkan oleh peserta Kumpulan Warrior.


Kumpulan An-Najah dalam sesi pembentangan nama kumpulan, logo dan cogankata mereka.


Peserta kumpulan melaksanakan kewajipan solat yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah.


53 peserta Retreat Pemantapan Organisasi PERKIM bergambar kenang-kenangan di hadapan ILIM Kampus Jelebu.


Peserta kumpulan Taawon bersiap sedia dalam aktiviti permainan ‘Sabar Jela’.


Muhammad Farhan Tee memberi arahan ketika setelah bola ping pong dimasukkan ke dalam paip PVC.


Jais Mariappan memberi semangat kepada pasukan Kumpulan Qawi.


Mohd Jogi Panjaitan Maruli memastikan Kumpulan Warrior tidak menjatuhkan bola ping pong ke lantai.


Kumpulan Warrior memenangi hadiah Naib Johan dalam permainan ‘Sabar Jelah’.


Dato’ Ahmad Mustafa menyampaikan hadiah kepada pemenang Kumpulan An-Najah yang merangkul juara dalam permainan ‘Sabar Jelah’.


Peserta dikehendaki melepaskan ikatan di antara dua pasangan dalam aktiviti ‘Simpulan Kasih’.


Antara kaedah untuk melepaskan ikatan dalam aktiviti ‘Simpulan Kasih’.

Related Articles

Back to top button