200 Asnaf Terima Program Bantuan Makanan PERKIM

Video: Siti Fatimah Ladda Abdullah
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan melalui Pasukan Kebajikan PERKIM telah mengagihkan kira-kira 200 set Program Bantuan Makanan Kepada Asnaf saudara baru, fakir dan miskin di kawasan Kepong, Cheras, Pudu, Bandar Tun Razak, PPR Intan Baiduri dan PPR Desa Aman Puri pada 5 Mei 2020 lalu.
Petugas mengagihkan sebanyak 48 di kawasan Kepong, 30 di Cheras, 42 di Pudu, 40 di Bandar Tun Razak dan 30 di PPR Intan Baiduri serta PPR Desa Aman Puri.
Setiap asnaf menerima set barangan makanan seperti beras, tepung, gula, sardin, krimer, biskut, kopi, teh, kurma, kordial, mi segera, bihun, minyak masak, sos cili, kicap dan garam.
Selain itu, terdapat juga barangan kebersihan seperti ubat gigi, pencuci pinggan, sabun badan, sabun pencuci baju, topeng muka dan pencuci tangan (hand sanitizer).
PERKIM membantu golongan asnaf saudara baharu, fakir dan miskin bagi mengurangkan bebanan dan kesukaran sumber mata pencarian yang mereka hadapi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan jangkitan wabak COVID-19.
Antara petugas dan sukarelawan PERKIM yang terlibat ialah Muhammad Farhan Tee Abdullah, Mohd Jogi Maruli Panjaitan, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan, Hamidah Ismail, Aizat Rosli, Rahman Ismail, Amran Anbarasu Abdullah, Jamilatun Noor Hamid@ Hashim, Siti Fatimah Ladda Abdullah, Azura Abdul Rahman, Umizah Wanir Mohd. Anuar, Mua’lish Shah Mohd. Anuar, Umi Musfirah Abdul Ghani, Mohd. Nazly Ismail, Abdul Razak, Md. Yusop Suboh, Khairul Anuar Mohd. Subari, Mohd. Noor Hamim Suntong.
Sebarang sumbangan boleh dibuat secara tunai/online melalui akaun: AFFIN BANK 1050 2000 2899 (PERKIM – TABUNG KEBAJIKAN TUNKU)
Maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM Kebangsaan.
– Muhammad Farhan Tee Abdullah – 017-4788934
– Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan – 013-3574786
– Amran Anbarasu Abdullah – 016-8067864