Aktiviti Kebajikan

Penduduk PPR Taman Wahyu Terima 120 Kurma PERKIM

 Foto: SAFIYYA NUR SAKEENAH SALLEHUDDIN

KUALA LUMPUR, 4 MEI 2021 – Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah mengagihkan sebanyak 100 kotak kurma kepada Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Selayang dekat sini.

Program yang dihadiri seramai 120 orang dari pelbagai bangsa itu diadakan di Dewan Serbaguna dekat situ.

Program tersebut menyasarkan pengagihan kepada daripada golongan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di dalam kawasan bandar.

Sebelum itu, Pegawai Unit Perancangan Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM, YBrs Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah mengacarakan majlis sekali gus membacakan doa pembuka majlis.

YBhg Tan Sri SUA PERKIM turut menyampaikan beras kepada penerima tajaan Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu.

Turut hadir ialah Pengarah Unit Aset dan Pembangunan PERKIM, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa; Setiausaha Kerja Pentadbiran dan Program; YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik; Setiausaha Kerja PERKIM Bahagian dan Cawangan, Encik Zulkefli Arifin; Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 6, Encik Wan Ismail serta Pengerusi PPR Taman Wahyu, Encik Abdullah Uda Saidi.

Related Articles

Back to top button