Mesyuarat Khas PERKIM Di TRX Mantapkan Struktur, Naib Yang Dipertua Sepakat Perkukuh Dakwah
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟐𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 – 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐞𝐫 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 merangkap 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌), 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 (𝐃𝐫) 𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐙𝐨𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐮𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐎𝐩𝐞𝐧𝐠 menegaskan bahawa organisasi itu perlu diperkasa melalui tadbir urus telus, perkongsian tanggungjawab dan penyelarasan dasar yang kukuh bagi menjamin keberkesanan dakwah serta kelangsungan perjuangan Islam di Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas PERKIM yang berlangsung di Bilik Dewan Langkawi, Aras 41, Menara AFFIN, Tun Razak Exchange (TRX) di sini pagi tadi.
Mesyuarat pertama bersama Premier Yang Dipertua PERKIM itu dihadiri barisan Naib-Naib Yang Dipertua PERKIM iaitu 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐃𝐫 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐬𝐢𝐦, 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐃𝐫 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐑𝐢𝐝𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐞 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐅𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 dan 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐍𝐚𝐤𝐡𝐚𝐢𝐞 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝.
Turut hadir, 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌, 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐃𝐫 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐌𝐚𝐫𝐳𝐮𝐤𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐎𝐦𝐚𝐫 dan 𝐁𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌, 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐃𝐚𝐭𝐮 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐬𝐚𝐥 𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐨𝐬𝐥𝐢.
Premier Yang Dipertua dalam ucapannya menegaskan bahawa Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (EXCO) PERKIM harus berfungsi sebagai badan penentu dasar utama sebelum sebarang keputusan dibawa ke Majlis.
Menurut Abang Johari lagi, peruntukan kerajaan dan dana wakaf yang diamanahkan hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh gerak kerja dakwah dan kebajikan.
Mesyuarat turut menekankan aspek hubungan baik antara PERKIM Kebangsaan dan negeri-negeri, selain menyeru agar program pusat digabungkan dengan aktiviti negeri supaya manfaat dakwah lebih meluas.
Hubungan dua hala kini bertambah baik dan kita mesti pastikan sinergi ini terus dikekalkan.
Sidang mesyuarat turut mengingatkan agar PERKIM memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen ekonomi Islam bagi menjamin kelangsungan kewangan organisasi.
Selain itu, hasil wakaf boleh digunakan untuk membiayai pendidikan, kebajikan dan pengembangan dakwah secara lebih mapan.
Mesyuarat turut menegaskan bahawa ketelusan adalah kunci utama membina keyakinan masyarakat terhadap PERKIM.
Keberkesanan dakwah sangat bergantung pada tahap keyakinan masyarakat terhadap PERKIM. Jesteru, PERKIM mesti menunjukkan teladan pengurusan yang telus, terbuka dan berpasukan.
Mesyuarat yang berlangsung hampir satu jam itu berakhir dengan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama, menambah baik struktur pengurusan serta memperkasakan agenda dakwah, kebajikan, pendidikan dan kerjasama PERKIM di seluruh negara.
Mesyuarat berakhir dengan sesi fotografi dan jamuan makan tengah hari.
Turut hadir, Sekretariat PERKIM Kebangsaan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Dr Suariza Hidayah Muhammad, bersama Eksekutif Pentadbiran, Ahmad Hasaidi Said dan Eksekutif Kewangan, Mohd Aizat Rosli.
Sekretariat PERKIM menyambut ketibaan Naib Yang Dipertua, Dr Haji Mohd Ridhuan Tee di lobi Menara Affin TRX.
Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim menghulurkan tangan bersalaman dengan Dato’ Dr Marzuki di perkarangan lobi Menara Affin TRX.
Tetamu kehormat Affin Bank bersama Dato’ Dr Marzuki menunggu ketibaan Premier Yang Dipertua bagi menghadiri Mesyuarat Khas PERKIM.
Ketibaan kenderaan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.
Dato’ Dr Marzuki bersama kepimpinan PERKIM dan Affin Bank mengiringi Premier Yang Dipertua ke bilik mesyuarat.
Ketibaan Datuk Patinggi Abang Johari di aras 41 untuk menghadiri mesyuarat khas.
Dato’ Dr Marzuki memberi taklimat ringkas kepada Premier Yang Dipertua PERKIM ditemani Bendahari Kehormat, Datu Haji Mersal Abang Rosli.
Premier Yang Dipertua PERKIM mempengerusikan Mesyuarat Khas PERKIM bersama Naib-Naib Yang Dipertua PERKIM.
Mesyuarat memperbincangkan bagi memperkukuh gerak kerja dakwah dan kebajikan PERKIM.
PERKIM akan memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen ekonomi Islam bagi menjamin kelangsungan kewangan organisasi.
Premier Yang Dipertua, Datuk Patinggi Abang Johari bersama barisan Naib Yang Dipertua dan kepimpinan PERKIM bergambar di akhir mesyuarat.
Premier Yang Dipertua bersalaman selepas selesainya mesyuarat.
Kepimpinan PERKIM haruslah bersatu padu bagi memperkukuh kerjasama, menambah baik struktur pengurusan serta memperkasakan objektif PERKIM di seluruh negara.
Kepimpinan Tertinggi PERKIM menikmati jamuan makan tengah hari yang istimewa.
Dato’ Dr Marzuki, Datu Mersal, Ustaz Fitri mengiringi Datuk Patinggi Abang Johari pulang.
Kelihatan Naib-Naib Yang Dipertua PERKIM, Dato’ Seri Shahidan dan Dato’ Nakhaie bersama Dato’ Dr Marzuki mengadakan perbincangan dan rancangan halatuju PERKIM.
Keempat-empat Yang Dipertua PERKIM bersepakat dengan Setiausaha Agung Kehormat melaksanakan amanah yang dipikul secara telus dan berpasukan.