Aktiviti Dakwah

Majlis Sambutan Hari PERKIM

Oleh: FLT

Kuala Lumpur  –  (12 Febuari 2015): Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari PERKIM bertempat di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini.

Majlis ini diadakan pada setiap tahun bersempena tanggal 8 Februari 1903 tarikh kelahiran Putera Diraja Negeri Kedah Darul Aman, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan kemudian diterima secara rasmi oleh Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM sebagai Hari PERKIM.

Almarhum Tunku Abdul Rahman juga tercatat sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan juga “Bapa PERKIM”, Pertubuhan yang diasaskan di kediaman rasmi Almarhum, pada 19 Ogos 1960, tiga tahun selepas kemerdekaan negara Malaysia.

Majlis Hari PERKIM ini disempurnakan dan dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor selaku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM. Kira-kira 200 orang tetamu hadir memeriahkan majlis tersebut antaranya Saudara Muslim, jabatan-jabatan kerajaan, swasta, korporat, NGO-NGO Islam dan ahli-ahli Kelab PERKIM.

Turut hadir Ahli Majlis Kebangsaan, Y.Bhg. Prof. Madya Dato’ Hj. Mokhtar Shafii Naib Yang Dipertua PERKIM, Datuk Dr Mustapha Ma, Pengerusi PERKIM Bahagian Selangor, Dato’ Haji Mohd Yasin Haji Taib, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Pahang, Dato’ Hasan Arifin, Bendahari Kehormat PERKIM Kebangsaan, Tan Sri Dato Dr. Muhammad Rais Abdul Karim, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Datuk Hasbullah L. Isa, pegawai dan kakitangan PERKIM Kebangsaan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan yaasin, tahlil, doa, solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah diketuai imam bertugas, Ustaz Yus Ondre Abdullah.

Pada majlis tersebut juga turut diadakan penyerahan bahan dokumen dan terbitan PERKIM kepada Arkib Negara Malaysia sebagai penyimpan rasmi data dan maklumat Negara.

01

Yusof Noor (dua dari kiri) mengetuai penyampaian bahan dan dokumen terbitan PERKIM kepada Ketua Pengarah Arkib Negara,  En Azemi Abdul Aziz.

 

02
En Azemi Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara dalam ucapan aluan beliau.

 

03
Dato’ Haji Mohd Nakhaei Haji Ahmad Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan merangkap Naib Yang DiPertua PERKIM menyampaikan ucaptama mewakili Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

04
Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor selaku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM merasmikan Majlis Sambutan Hari PERKIM.

 

05
Majlis bacaan Yaasin dan tahlil kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman diketuai oleh Ustaz Yus Ondre.

Related Articles

Back to top button