Aktiviti Dakwah

Jasamu Dikenang: Tuan Haji Noorali Mohd Noor

Oleh: FLT

Bagi menghargai jasa dan sumbangan kakitangan yang paling lama pernah berkhidmat dengan PERKIM iaitu hampir 44 tahun, satu majlis penyampaian sumbangan sempena persaraan Tuan Haji Noorali Bin Mohd Noor telah diadakan di ibu pejabat PERKIM Kebangsaan pada 29 Januari 2015 lalu.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Jais Mariappan Abdullah dan ucapan aluan oleh Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Setiausaha Agung PERKIM yang dalam ucapan tersebut mengucap jutaan terima kasih di atas sumbangan bakti yang telah diberikan oleh Haji Noorali atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Ali’.

06Untuk rekod, beliau telah memulakan tugas sebagai penjaga parkir ditapak bangunan Ibu pejabat PERKIM Kebangsaan sebelum bangunan tersebut didirikan sekitar awal tahun 1970-an. Beliau kemudian ditugaskan sebagai pembantu di klinik PERKIM dan kemudian sebagai Pembantu Pejabat sehingga bersara pada tahun 2000. Beliau kemudian menyambung tugas sebagai Pembantu dengan jawatan bertaraf kontrak sehingga tahun Disember 2014.

 07
Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor menyampaikan sumbangan saguhati daripada PERKIM kepada Tuan Haji Noorali pada majlis tersebut dan disaksikan oleh kesemua kakitangan PERKIM Kebangsaan.

Related Articles

Back to top button