Aktiviti Dakwah

Majlis Jamuan Muhibbah dan Ramah Mesra Tahun 2015

Oleh: FLT

RAWANG (29MAC) Pepatah Inggeris ada mengatakan “Its better late than never”. Itu antara kandungan isi ucapan perasmian dan penutup oleh Dato’ Dr. Hj. Mustapha Ma, Naib Yang diPertua PERKIM di majlis ‘Jamuan Muhibbah dan Ramah Mesra Tahun 2015’ yang diadakan bertempat Bandar Rawang, Selangor.

Mustapha dalam ucapannya, menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada penduduk di sekitar Rawang walaupun perayaan tersebut sudah pun sebulan berlalu.

Katanya lagi, tujuan program ini dianjurkan adalah untuk lebih mendekati masyarakat Cina di sekitar Rawang dan memperjelaskan yang Islam adalah agama untuk semua bangsa.

Terdahulu, program tersebut telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PERKIM cawangan GERAK, Ustaz Amir Ng, disusuli ucapan penghargaan oleh Timbalan Nazir Masjid Nurul Iman Rawang, Haji Mohamad NorShahadan dan ucaptama oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Selangor, Dato’ Haji Mohd Yasin Haji Taib.

Program yang telah dianjurkan oleh PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama PERKIM Selangor, PERKIM GERAK, MACMA, dan Surau Darul Salam Bandar Rawang itu telah menyajikan pelbagai acara untuk menarik perhatian orang cina bukan Islam khasnya seperti pameran Islam Cina, persembahan mee tarik, tarian singa, pertandingan mewarna kanak-kanak, pemberian angpau, sajian makanan Cina Muslim dan persembahan nasyid Cina.

Pada majlis tersebut, turut diedarkan borang data pencalonan untuk dimuatkan dalam buku ‘Who’s Who’ Saudara Muslim Malaysia. Dua orang panel jemputan dalam sesi perkongsian ilmu dan pengalaman sebagai seorang Saudara Muslim iaitu Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Alina Wong dan pemilik restoran makanan Cina Muslim, Haji Sharin Low di mana mereka merupakan di antara pemilik biografi yang turut dimuatkan dalam buku ‘Whos Who’ tersebut.

Seramai 300 orang tetamu hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kepercayaan memeriahkan majlis tersebut dan rata-rata mereka berminat mendengar tazkirah pendek berkenaan Hudud yang telah disampaikan oleh Pegawai Dakwah PERKIM, Ustaz Sulaiman Ding dalam Bahasa Mandarin.

Menurut penyelaras program merangkap Pegawai Dakwah PERKIM, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah hasil daripada program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi masyarakat bukan Islam khususnya orang-orang Cina tempatan dengan maklumat Islam yang sering disalah anggap.

Turut Hadir, Timbalan Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan merangkap Timbalan Pengarah Dakwah PERKIM Kebangsaan, Haji Abdul Hanif Harun dan isteri serta Pemilik Restoran Makanan Cina Islam, Tuan Haji Mohd Chan Abdullah.

08
Sesi pendaftaran peserta.

09
Pendaftaran peserta Majlis Jamuan Muhibbah dan Ramah Mesra Tahun 2015.

10
Antara peserta yang terlibat di dalam majlis tersebut.

11
Tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

12
Kanak-kanak mewarnakan lukisan dalam pertandingan mewarna.

13
Acara ‘Fun Games’ untuk kanak-kanak.

14
Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Haji Mohd Chan Abdullah (dua dari kiri) kepada peserta.

15
Urus setia PERKIM menyampaikan dakwah kepada masyarakat Cina.

16
Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman sebagai seorang Saudara Muslim iaitu Alina Wong (kiri) dan Haji Sharin Low (tengah) dan dipengerusikan oleh Ustaz Amir Ng.

17
Peserta terhibur dengan persembahan mee tarik.

18
Ucapan penghargaan oleh Timbalan Nazir Masjid Nurul Iman Rawang, Haji Mohamad Nor Shahadan.

19
Peserta dan tetamu mengambil makanan yang telah disediakan.

20
Jamuan muhibbah bersama peserta.

21
Pengerusi PERKIM Bahagian Selangor, Dato’ Haji Mohd Yasin Haji Taib menyampaikan ucaptama di majlis tersebut.

22
Dato’ Mustapha Ma yang juga selaku Pengerusi MACMA menyampaikan sijil penghargaan kepada Haji Sharin Low.

23
Ucapan perasmian dan penutup oleh Dato’ Dr. Hj. Musthapa Ma, Naib Yang DiPertua PERKIM.

24
Dato’ Mustapha Ma menyampaikan buah tangan dan angpau kepada kanak-kanak.

25
Persembahan Nasyid Cina.

Related Articles

Back to top button