PengumumanVideo

Lamb Stew Bersama Assc. Prof Nurliza Haslin Muslim

Dapur Sihat : Lamb Stew Bersama Assc. Prof Nurliza Haslin Muslim

PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) membawakan sebuah rancangan masakan secara ringkas, mudah disediakan, menyelerakan dan berkhasiat serta tips pemakanan menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

Pada kali ini, kita bersama Harim Izzati Hamdan selaku Ketua Program Jabatan Reka Bentuk Grafik dan Multimedia, Fakulti Seni, Sains Sosial dan Teknologi KLMUC serta Assc. Prof Nurliza Haslin Muslim selaku Dekan Pusat Dekan Bahasa, Pendidikan dan Pengajian Siswazah merangkap Ketua Unit Kualiti Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) akan menyediakan hidangan Lamb Stew.

Assc. Prof Nurliza Haslin Muslim turut berkongsi bersama penonton sepotong Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ad-Darimi yang bermaksud: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memakan makanan kemudian berdoa: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan ini kepadaku sebagai rezeki, tanpa daya dan kekuatan dariku. Maka akan diampuni dosanya yang lalu dan yang akan datang.”

Terbitan: Projek Digital Dakwah PERKIM Kebangsaan (DIDIK)

Video: FLT

Related Articles

Back to top button