Kunjungan Hormat Pimpinan PERKIM Ke Pejabat TYT Negeri Melaka
Foto: DATUK HAJI HASBULLAH L. ISA
7 JUL – AYER KEROH. Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor membuat kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat TYT Negeri Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir ialah Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Haji Hasbullah L. Isa dan Pengarah Komunikasi PERKIM, YBhg Datuk Haji Abdul Hanif Harun.
Di samping itu, Tan Sri SUA PERKIM turut mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam di atas perlantikan Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7 yang dikurniakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 4 Jun 2020 lalu di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Pelbagai perkara yang dibincangkan bersama selama lebih sejam membabitkan kemajuan PERKIM dan saudara baharu.
Tan Sri SUA turut menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada TYT Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam di akhir kunjungan tersebut.