Kolaborasi IDIP-KL, IDIP-KB Bersama Darul Quran
KUALA KUBU BHARU – 16 NOVEMBER 2023 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertempat di Jalan Hamzah dekat sini pada pagi Khamis.
Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin bersama Pegawai Dakwah Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL), Muhammad Hizam Abdul Rahim.
Pengarah Darul Quran, Tuan Haji Mohd Ansarullah Mohd Hashim turut menyambut dan meraikan kehadiran daripada PERKIM Kebangsaan.
Menurut Dato’ Razali, kunjungan diadakan adalah bertujuan membincangkan kerjasama serta kolaborasi di antara IDIP-KL dan Insititut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Kota Bharu bersama Darul Quran.
Jelas beliau, antara perkara fokus yang dibincangkan adalah berkaitan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan akademik, pengurusan pengambilan pelajar serta pengurusan penginapan asrama berkaitan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran JAKIM yang akan dijadikan sebagai contoh kepada SOP IDIP-KB dan IDIP-KL.
Lawatan turut membincangkan perincian berkaitan hala tuju pelajar lepasan IDIP-KB untuk menyambung ke Darul Quran ke peringkat Sijil Asas Tahfiz (SAT) dan Diploma.
Dato’ Razali berkesempatan bertemu dengan bekas pelajar Asrama Darul Falah PERKIM (ASDAF) iaitu saudara Osman Hamzah yang kini merupakan pelajar Darul Quran.
Osman Hamzah satu-satunya pelajar dari kalangan masyarakat Orang Asli yang sedang menuntut di semester 5 akan menamatkan pengajian di Darul Quran pada tahun hadapan.
Turut hadir ialah, Timbalan Pengarah Cawangan Akademik Darul Quran, Dr. Muhamad Zakuwa Rodzali; Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat Darul Quran, Puan Suhaida Che Samsudin serta Pensyarah Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat Darul Quran, Abdul Hakim Mohd Nadzri.
Pengarah Darul Quran, Tuan Haji Mohd Ansarullah Mohd Hashim (dua dari kanan) bersama pegawainya menyambut kehadiran Dato’ Razali ke Darul Quran.
Perbincangan diadakan bagi kolaborasi di antara IDIP-KL dan IDIP-KB bersama Darul Quran.
Dato’ Razali turut membincangkan berkaitan hala tuju pelajar lepasan IDIP-KB untuk menyambung ke Darul Quran ke peringkat Sijil Asas Tahfiz (SAT) dan Diploma.
Dato’ Razali berkesempatan bergambar dengan bekas pelajar Asrama Darul Falah PERKIM (ASDAF) iaitu saudara Osman Hamzah yang kini menyambung pengajian di Darul Quran.
Dato’ Razali (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Haji Ansarallah (kiri) dan Dr. Muhamad Zakuwa (kanan).