Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026

𝗞𝗢𝗡𝗩𝗘𝗡𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲
PERKIM Kebangsaan ingin mengajak anda semua menyertai Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa yang menghimpunkan para ulama, cendekiawan, pengamal wakaf, pembuat dasar serta pemimpin masyarakat dari dalam dan luar negara bagi membincangkan masa depan institusi wakaf serta peranannya yang signifikan dalam memperkasa komuniti, memacu pembangunan mampan dan memperkukuh usaha dakwah di peringkat global.
📅 Tarikh: Isnin, 27 Julai 2026
🕗 Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
📍 Tempat: Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
🎟️ Kemasukan: PERCUMA
Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster atau melalui pautan yang disediakan di bawah.
