Aktiviti Dakwah

Himpunan Mualaf Israk Mikraj 1447H Perkukuh Iman, Suburkan Kefahaman Islam Dalam Masyarakat Majmuk

ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟏𝟖 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Program Himpunan Mualaf Sempena Israk Mikraj 1447H anjuran bersama PERKIM Kebangsaan dan PERKIM Cawangan Datuk Keramat berjaya menghimpunkan lebih 150 orang saudara baharu serta lebih 20 tetamu bukan Islam dalam satu wacana ilmu yang menyeluruh, berteraskan penghayatan akidah, pengukuhan iman dan dialog kefahaman Islam dalam konteks masyarakat majmuk.

Program yang berlangsung di Dewan Kompleks Darul Hidayah, Sentul, bermula jam 9.30 pagi itu turut mendapat kerjasama strategik daripada Bank Islam, Yayasan Nur Ramlah, Pertubuhan Gerak Amal Kasih dan Persatuan Warga Emas Permata Intan sekali gus mencerminkan kesepaduan pelbagai pihak dalam mendukung agenda dakwah, pendidikan dan kebajikan saudara baharu di negara ini.

Himpunan tersebut menyaksikan penyertaan mualaf daripada pelbagai latar belakang kaum dan etnik termasuk Cina, India, Punjabi, Iban, Kadazan dan Murut, selain kehadiran tetamu bukan Islam daripada pelbagai bangsa yang hadir bagi mendalami kefahaman mengenai peristiwa agung Israk dan Mikraj serta ajaran Islam secara lebih dekat dan berilmiah.

Majlis dibuka oleh pengacara, 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗔𝗸𝘀𝗮𝗵 yang mengajak seluruh peserta berdiri bagi mengalunkan Asmaul Husna, diikuti lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan, sekali gus menyemarakkan suasana penuh tertib dan kesepaduan sebelum acara diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran.

Bacaan al-Quran disampaikan oleh 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗝𝗼𝗵𝗻𝘀𝗼𝗻 𝗚𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻𝗶𝘂𝘀 yang memperdengarkan Surah al-Isra’, ayat 1 hingga 10, selari dengan tema Israk dan Mikraj sebagai peristiwa mukjizat yang menjadi asas perbincangan dan penghayatan sepanjang program berkenaan.


𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐫 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐢𝐳𝐚 @ 𝐇𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 dalam ucapan perasmiannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para mualaf, tetamu jemputan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Menurut beliau, penganjuran program itu bukan sekadar acara tahunan memperingati peristiwa besar dalam sejarah Islam, sebaliknya merupakan platform penting untuk menyampaikan kefahaman yang betul, menyeluruh dan berhikmah kepada saudara baharu serta masyarakat umum, termasuk tetamu bukan Islam.

Dr Suariza yang mewakili 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌, 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐃𝐫 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐌𝐚𝐫𝐳𝐮𝐤𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐎𝐦𝐚𝐫 turut menyampaikan salam hormat dan penghargaan kepada semua peserta, rakan strategik serta agensi yang sentiasa bersama PERKIM dalam usaha dakwah dan pembangunan ummah.

Menurut beliau, pengisian forum yang membincangkan peristiwa Israk dan Mikraj secara mendalam oleh barisan panel diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada mualaf, malah kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang agama.

Dr Suariza menjelaskan bahawa pemilihan panel dan moderator daripada kalangan tokoh mualaf berilmu dan berpengalaman adalah satu pendekatan strategik untuk memberikan inspirasi, motivasi serta contoh teladan kepada peserta, khususnya saudara baharu yang sedang membina kehidupan sebagai Muslim.

Tokoh-tokoh panel seperti Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Ustazah Nur Aliyya Maisarah Orbanus katanya, merupakan bukti nyata bahawa kejayaan dalam Islam menuntut usaha berterusan, kesungguhan menimba ilmu serta pengorbanan yang selari dengan pengajaran besar di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj, khususnya kewajipan menunaikan solat lima waktu.

Dr Suariza turut memaklumkan bahawa beliau hadir mewakili Setiausaha Agung Kehormat PERKIM yang kini berada di luar negara, sambil menyatakan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang.

Mengakhiri ucapan, beliau menegaskan bahawa usaha dakwah bukan bersifat persaingan, sebaliknya saling melengkapi dan memerlukan kerjasama erat antara PERKIM, agensi kerajaan, NGO serta masyarakat bagi mengisi kelompangan dakwah dan memperkukuh penghayatan Islam dalam kalangan saudara baharu.


Sebelum itu, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐭, 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐮𝐡𝐚𝐢𝐦𝐢 𝐀𝐛𝐝. 𝐀𝐳𝐢𝐳 dalam ucapan aluannya menyatakan harapan agar penganjuran forum ini dapat meningkatkan keimanan umat Islam serta menyuburkan rasa kasih dan cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

Menurut beliau, forum tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai pengukuhan rohani, malah menjadi wadah pendidikan dan perkongsian ilmu yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat, termasuk tetamu bukan Islam yang ingin memahami ajaran Islam secara lebih dekat.

Beliau menekankan bahawa dalam Islam, Nabi Muhammad SAW dihormati sebagai insan yang suci dan mulia, namun tidak disembah sebaliknya diiktiraf sebagai Rasul dan utusan Allah yang membawa risalah kebenaran kepada seluruh manusia.

Ustaz Suhaimi menjelaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj, iaitu perjalanan luar biasa Rasulullah SAW dari Mekah ke Baitulmaqdis dalam satu malam merupakan mukjizat besar yang mengukuhkan keyakinan umat Islam serta menjadi sumber perbincangan dan dialog yang berilmiah dengan masyarakat bukan Islam.

Menurut beliau, penganjuran forum secara inklusif ini bertujuan mencetuskan rasa ingin tahu, pertanyaan dan dialog sihat dalam suasana saling menghormati, selari dengan pendekatan Islam yang menggalakkan pencarian ilmu dan kefahaman berasaskan hikmah.


Sementara itu, 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐭, 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐥𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐚𝐛𝐮𝐝𝐢𝐧 dalam ucapan amanat khasnya menegaskan bahawa hidayah merupakan nikmat paling besar dan paling mahal yang dianugerahkan Allah SWT kepada seseorang insan.

Menurut beliau, hidayah bukan sesuatu yang boleh dicari atau dibeli, sebaliknya adalah pilihan dan pemberian mutlak Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.

Mereka yang melafazkan kalimah syahadah dan kembali kepada fitrah Islam hakikatnya telah menerima anugerah yang amat bernilai di sisi Allah.

Beliau berkongsi kisah benar saudara baharu yang sanggup meninggalkan kemewahan, harta benda dan keselesaan hidup demi memeluk Islam.

Walaupun perjalanan awal sebagai Muslim dipenuhi ujian dan cabaran, ketenangan jiwa serta kebahagiaan rohani dapat dirasai selepas menerima Islam, katanya, tidak dapat ditukar dengan apa jua harta dunia.

Dato’ Razali turut menjelaskan bahawa Islam bukan sekadar agama ibadah, sebaliknya sistem kehidupan menyeluruh yang merangkumi aspek kekeluargaan, kemasyarakatan, ekonomi dan akhlak serta mendidik umatnya agar menolak kezaliman, rasuah dan ketidakadilan.

Beliau menegaskan bahawa memeluk Islam tidak bermakna memutuskan hubungan dengan keluarga bukan Islam, sebaliknya Islam mewajibkan umatnya terus berbuat baik, menjaga silaturahim dan mendoakan agar ahli keluarga turut menerima hidayah.

Dalam pesanan kepada saudara baharu, beliau menekankan bahawa kesyukuran terhadap hidayah perlu diterjemahkan melalui amalan soleh, menuntut ilmu serta pembaikan diri secara berterusan, kerana keislaman bukan sekadar lafaz syahadah, tetapi perjalanan hidup yang memerlukan kesungguhan dan istiqamah.

𝙁𝙤𝙧𝙪𝙢 𝙃𝙞𝙢𝙥𝙪𝙣𝙖𝙣 𝙈𝙪𝙖𝙡𝙖𝙛 𝙎𝙚𝙢𝙥𝙚𝙣𝙖 𝙄𝙨𝙧𝙖𝙠 𝙈𝙞𝙠𝙧𝙖𝙟 bertajuk ‘𝙷𝚊𝚍𝚒𝚊𝚑 𝚂𝚘𝚕𝚊𝚝 𝙿𝚎𝚗𝚐𝚞𝚊𝚝 𝙹𝚒𝚠𝚊 𝙼𝚞𝚊𝚕𝚊𝚏’ dimoderatorkan oleh 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐞 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 bersama panelis 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝟏 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐉𝐚𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐚𝐩𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 dan 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮, 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 (𝐉𝐀𝐖𝐈), 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐥𝐢𝐲𝐲𝐚 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐎𝐫𝐛𝐚𝐧𝐮𝐬 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡.

Forum membuka tirai kepada pengenalan dan penghayatan awal peristiwa Israk dan Mikraj, khususnya sebagai pengukuh iman kepada saudara baharu dan masyarakat umum.


Ustaz Jais Mariappan menjelaskan bahawa Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan luar biasa Rasulullah SAW yang berlaku dalam satu malam, bermula dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (Isra’), kemudian diangkat ke langit bertemu Allah SWT (Mikraj).

Peristiwa agung ini bukan sekadar mukjizat, tetapi hadiah dan penghiburan Allah kepada Rasulullah SAW setelah Baginda melalui tahun paling mencabar dalam kehidupan dakwahnya.

Beliau menghuraikan latar belakang peristiwa tersebut yang berlaku pada ‘Tahun Kesedihan’, iaitu selepas kewafatan Saidatina Khadijah RA, isteri tercinta Rasulullah SAW yang menjadi sumber sokongan emosi dan kekuatan dakwah serta pemergian Abu Talib, bapa saudara Baginda yang melindungi keselamatan Rasulullah daripada ancaman Quraisy.

Kehilangan dua tokoh penting ini menyebabkan dakwah Rasulullah SAW berada dalam keadaan amat getir.

Ustaz Jais Mariappan turut mengimbas peristiwa dakwah Rasulullah SAW di Ta’if, yang berakhir dengan penolakan, ejekan dan kekerasan fizikal sehingga Baginda dilontar batu dan berdarah.

Namun di sebalik penderitaan tersebut, Rasulullah SAW tetap mendoakan hidayah kepada penduduk Ta’if, bahkan menolak tawaran malaikat untuk membinasakan mereka.

Sikap ini mencerminkan akhlak agung, kesabaran dan rahmat Rasulullah SAW terhadap seluruh umat manusia.

Sebagai ganjaran atas kesabaran dan kecekalan Baginda, Allah SWT menganugerahkan peristiwa Israk dan Mikraj yang kemuncaknya ialah perintah kewajipan solat, sebagai hubungan langsung antara hamba dan Pencipta.

Peristiwa ini menjadi bukti bahawa setiap kesusahan pasti disusuli kemudahan, sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Insyirah.


Sementara itu, Ustazah Nur Aliyya pula menekankan mesej besar Israk dan Mikraj kepada saudara baharu iaitu kepentingan iman, kesabaran dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah walaupun peristiwa tersebut kelihatan sukar diterima oleh logik akal.

Beliau menjelaskan bahawa Israk dan Mikraj juga merupakan ujian keimanan, di mana hanya mereka yang benar-benar yakin kepada Allah dan Rasul akan tetap teguh, sedangkan mereka yang ragu-ragu akan berpaling.

Beliau turut menyentuh hakikat bahawa Islam dibawa Rasulullah SAW sebagai rahmat dan panduan hidup menyeluruh, yang menekankan nilai kemanusiaan, keadilan, penghormatan kepada ibu bapa serta kesamarataan manusia tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Peristiwa Israk dan Mikraj mengajar umat Islam bahawa hubungan dengan Allah melalui solat adalah asas kekuatan iman, khususnya bagi mereka yang baru mengenal Islam.

Kesimpulannya, pusingan pertama forum ini menegaskan bahawa Israk dan Mikraj bukan sekadar kisah sejarah, tetapi sumber inspirasi dan kekuatan rohani yang mengajar umat Islam agar tabah menghadapi ujian, yakin kepada janji Allah serta menjadikan solat sebagai tonggak kehidupan.

Peristiwa ini menjadi peringatan bahawa di sebalik ujian yang berat, Allah sentiasa menyediakan ganjaran dan kemudahan kepada hamba-Nya yang beriman dan bersabar.

Pada pusingan kedua pula panelis memberi tumpuan kepada kedudukan solat sebagai anugerah terbesar hasil peristiwa Israk dan Mikraj, khususnya dalam membina kekuatan jiwa saudara mualaf dan bakal mualaf.

Ustaz Jais Mariappan menghuraikan bahawa peristiwa agung Israk Mikraj bukan sekadar perjalanan luar biasa Nabi Muhammad SAW, sebaliknya menjadi bukti betapa solat merupakan ibadah paling istimewa dalam Islam.

Beliau menjelaskan bagaimana perintah solat yang asalnya berjumlah 50 waktu telah diringankan menjadi lima waktu melalui dialog antara Nabi Muhammad SAW dan Nabi Musa AS.

Namun, ganjaran pahala tetap bersamaan 50 waktu sekali gus menunjukkan rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa ini menegaskan bahawa solat adalah ibadah yang diperintahkan secara langsung di Sidratul Muntaha, berbeza dengan ibadah lain seperti zakat, puasa dan haji yang difardukan melalui wahyu di bumi.

Ustaz Jais turut menekankan bahawa solat ialah ibadah individu yang tidak gugur selagi hayat masih ada, tanpa pengecualian kecuali kematian.

Justeru, solat menjadi simbol hubungan paling dekat antara hamba dan Pencipta, malah digambarkan sebagai “pertemuan” seorang hamba dengan Allah SWT.

Atas dasar itu, solat bukan paksaan, sebaliknya jemputan dan hadiah daripada Allah kepada manusia.

Ustaz Jais Mariappan berkongsi pengalaman peribadi beliau sebagai bekas mualaf yang mengalami kesukaran untuk menunaikan solat kerana tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dan bacaan dalam solat.

Namun, beliau menegaskan bahawa Allah tidak menilai kesempurnaan bacaan semata-mata, sebaliknya keikhlasan hati dan kesungguhan usaha.

Beliau menenangkan para mualaf bahawa usaha hadir ke masjid, berdiri dalam solat walaupun belum mahir, sudah cukup bernilai di sisi Allah.

Proses belajar, menghafal dan memperbaiki solat adalah satu bentuk pengorbanan yang amat dihargai oleh Allah SWT, selaras dengan firman-Nya bahawa Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Dengan istiqamah, solat yang pada awalnya dirasakan berat akan bertukar menjadi sumber ketenangan dan kenikmatan rohani, kerana solat adalah medan komunikasi langsung dengan Allah.

Sementara itu, Ustazah Nur Aliyya pula menekankan aspek sikap dan pendekatan positif bagi mualaf yang merasakan solat mereka belum sempurna.

Beliau menggariskan bahawa mualaf perlu memahami perbezaan antara rukun dan sunat solat serta memberi keutamaan kepada perkara wajib seperti bacaan al-Fatihah dan tahiyat.

Kekurangan dalam tajwid dan hafazan pada peringkat awal bukan alasan untuk meninggalkan solat, malah dibenarkan menggunakan bantuan seperti teks atau peranti sebagai panduan pembelajaran.

Beliau turut menegaskan kepentingan mencari guru dan menuntut ilmu secara berterusan, selaras dengan tradisi keilmuan Islam sejak zaman Rasulullah SAW.

Sikap tidak berputus asa, bersabar dan jujur dalam menuntut ilmu merupakan kunci untuk mencapai penguasaan solat yang lebih baik.

Menurut beliau, Islam tidak menuntut kesempurnaan secara mendadak, sebaliknya menggalakkan proses pembelajaran yang berperingkat dan berterusan.

Katanya, dengan keikhlasan, kesungguhan dan bimbingan yang betul, solat akan menjadi sumber kekuatan rohani, tanda syukur atas hidayah Islam, serta bukti cinta dan ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT.

Pusingan terakhir forum menumpukan kepada peranan solat sebagai tempat mengadu, sumber kekuatan jiwa dan sandaran utama saudara mualaf dalam menghadapi ujian kehidupan selepas berhijrah kepada Islam.

Forum tersebut menggabungkan pendekatan praktikal, tarbiah jiwa dan kefahaman akidah secara menyeluruh.

Ustazah Nur Aliyya meneruskan penjelasan dengan menegaskan bahawa hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi proses menimba manfaat, ilmu dan pembinaan diri.

Beliau berkongsi pengalaman hijrah menuntut ilmu yang memberi ketenangan jiwa, termasuk melalui seni seperti khat dan kaligrafi yang membantu mendidik rohani.

Pendekatan ini menunjukkan bahawa Islam meraikan fitrah manusia dan kreativiti sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan dan pengukuhan iman.

Beliau turut menghuraikan secara sistematik enam panduan praktikal untuk mualaf yang masih belum sempurna solatnya, iaitu memahami rukun wajib solat, membaca sekadar kemampuan, mencari guru, menggantikan bacaan al-Fatihah dengan tujuh ayat al-Quran jika belum hafal, berzikir sekiranya tidak mampu membaca, serta mengikuti imam dan mengimarahkan masjid.

Penegasan ini membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memudahkan dan tidak menutup pintu ibadah kepada sesiapa yang masih dalam proses pembelajaran.

Selain itu, isu praktikal seperti tatu bagi mualaf turut disentuh dengan pendekatan fiqh yang berhikmah, menekankan prinsip kemaafan syarak sekiranya penghapusan mendatangkan mudarat, di samping menjaga adab ketika hadir ke masjid.

Ustazah Nur Aliyya menegaskan bahawa kehadiran ke masjid merupakan tanda keimanan, khususnya bagi mualaf yang sedang membina identiti Muslim.


Ustaz Farhan Tee pula menekankan aspek pendidikan sebagai tunjang utama pembinaan mualaf.

Beliau menjelaskan bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan setiap Muslim tanpa mengira latar belakang, usia atau tahap pendidikan.

PERKIM dan institusi berkaitan, jelas beliau, menyediakan ruang pembelajaran yang inklusif termasuk kelas khas untuk warga emas, mereka yang buta huruf dan golongan yang sukar menghafal.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan prinsip tiada paksaan dalam agama, khususnya kepada para hadirin bukan Islam, selaras dengan ajaran Islam yang mengutamakan keyakinan hati dan pilihan secara sedar.

Menjawab soalan utama pusingan terakhir, Ustaz Jais Mariappan menghuraikan dengan mendalam bahawa solat adalah tempat mengadu paling utama bagi mualaf yang diuji dengan konflik keluarga, pekerjaan dan persekitaran.

Beliau menjelaskan bahawa ujian adalah sunnatullah kepada setiap manusia, lebih-lebih lagi kepada mereka yang memilih Islam.

Kehilangan sokongan keluarga, harta, pasangan atau keselamatan diri adalah antara ujian yang sering dilalui oleh mualaf, dan dalam keadaan inilah solat menjadi jalan kembali kepada Allah.

Menurut beliau, manusia tidak mampu menyelesaikan masalah manusia, sebaliknya hanya Allah yang mencipta ujian mampu memberi jalan keluar.

Justeru, Islam melarang pergantungan kepada makhluk, bomoh, kubur atau kepercayaan khurafat, sebaliknya mengajak manusia kembali kepada Allah melalui sabar dan solat.

Ustaz Jais Mariappan menekankan bahawa solat bukan sekadar ritual, tetapi dialog hati antara hamba dan Tuhan, terutama ketika sujud yang merupakan saat paling hampir seorang hamba dengan Allah.

Beliau turut berkongsi pengalaman hidup peribadi sebagai mualaf yang pernah melalui kesusahan hidup, namun diangkat oleh Allah melalui keimanan, ilmu dan istiqamah dalam solat.

Firman Allah dan hadis Rasulullah SAW dijadikan sandaran bahawa solat yang dilakukan dengan betul, penuh keikhlasan dan kefahaman mampu mencegah kemungkaran serta membuka pintu rezeki dan ketenangan.

Sebagai penutup, forum menegaskan bahawa Allah tidak menilai kuantiti ibadah, tetapi keikhlasan hati.

Mualaf tidak dituntut menjadi sempurna dalam sekelip mata, sebaliknya diminta untuk tidak meninggalkan solat walau dalam keadaan serba kekurangan.

Dengan istiqamah, solat akan bertukar daripada beban kepada keseronokan, daripada kewajipan kepada keperluan jiwa, dan akhirnya menjadi hadiah Israk Mikraj yang menguatkan iman serta menghubungkan hamba dengan Allah SWT sepanjang hayat.

Turut diadakan sesi soal jawab bersama peserta bukan Islam yang mengemukan soalan-soalan yang membelenggu fikiran mereka mengenai Israk dan Mikraj.


𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗿𝗶𝗻 @ 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗶𝗻 𝗭𝘂𝗹𝗸𝗶𝗽𝗹𝘆 dalam ucapan khasnya menegaskan bahawa mualaf merupakan cerminan kekuatan sebenar Islam di Malaysia.

Menurut beliau, umat Islam tidak seharusnya menjadi ‘penumpang’ dalam agama, sebaliknya perlu berperanan aktif memelihara, menghayati dan memperkasa Islam melalui ilmu, amal dan akhlak serta membina generasi akan datang yang bermanfaat kepada agama dan masyarakat.

Beliau turut mengingatkan agar umat Islam tidak terperangkap dalam sikap sempit dan sentimen berlebihan yang boleh menutup keindahan serta kebenaran Islam, sebaliknya berpandangan luas dengan mengambil iktibar perkembangan Islam di peringkat global.

Program turut diserikan dengan Kuiz Israk Mikraj melibatkan peserta mualaf dan tetamu bukan Islam.

Penyampaian cenderahati Kuiz Israk Mikraj, saguhati dan kit pengislaman turut disempurnakan oleh Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia, YB Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki; Wakil Pertubuhan Gerak Amal Kasih, YBhg Dr Haji Ahmad Kamal Yahya serta Pengarah Yayasan Nur Ramlah, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar, sebelum majlis berakhir dengan sesi fotografi dan jamuan makan tengah hari.

 


Kompleks Darul Hidayah merupakan lokasi program Himpunan Mualaf Sempena Israk Mikraj anjuran PERKIM.

 

 


Peserta mualaf beratur dan mengisi butir peribadi ketika sesi pendaftaran.

 


Fatin Akmal membuka tirai majlis Himpunan Mualaf Sempena Forum Israk Mikraj selaku pengacara majlis.

 


Lebih 180 peserta berdiri bagi mengalunkan Asmaul Husna, nyanyian lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan.

 


Antara lebih 20 peserta non-Muslim yang turut serta di dalam program.

 


Johnson mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran bermula ayat 1 hingga 10, Surah Al-Isra’.

 


Dr Suariza menyampaikan ucapan perasmian Himpunan Mualaf Sempena Forum Israk Mikraj.

 


Menurut Dr Suariza, Forum Israk Mikraj merupakan platform penting untuk menyampaikan kefahaman yang betul, menyeluruh dan berhikmah kepada saudara baharu.

 


Ustaz Suhaimi dalam ucapan aluannya berkata, program itu bertujuan mencetuskan rasa ingin tahu, pertanyaan dan dialog sihat dalam suasana saling menghormati, selari dengan pendekatan Islam.

 


Dato’ Razali dalam amanat khasnya berkata, hidayah bukan sesuatu yang boleh dicari atau dibeli, sebaliknya adalah pilihan dan pemberian mutlak Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.

 


Ustaz Farhan Tee (kiri) selaku moderator menjayakan Forum Israk Mikraj bertajuk ‘Hadiah Solat Penguat Jiwa Mualaf’ disampaikan oleh dua ahli panel iaitu Ustaz Jais Mariappan (tengah) dan Ustazah Nur Alliya Maisarah (kanan).

 


Ustaz Farhan Tee membuka tirai kepada pengenalan dan penghayatan awal peristiwa Israk dan Mikraj, khususnya sebagai pengukuh iman kepada saudara baharu dan masyarakat umum.

 


Menurut Ustaz Jais Mariappan, Israk dan Mikraj merupakan hadiah dan penghiburan Allah SWT kepada Rasulullah SAW, dengan kemuncaknya perintah solat sebagai hubungan langsung antara hamba dan Pencipta.

 


Ustaz Jais Mariappan menghuraikan bagaimana perintah solat yang asalnya 50 waktu diringankan menjadi lima waktu dengan ganjaran pahala yang sama, sebagai bukti rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW.

 


Ustazah Nur Alliya menegaskan bahawa Israk dan Mikraj merupakan ujian keimanan yang memerlukan keyakinan penuh terhadap kekuasaan Allah, selain mengajar umat Islam bahawa solat adalah asas kekuatan rohani, khususnya bagi saudara baharu.

 


Saudara baharu mendengar forum yang disampaikan.


Ustazah Nur Alliya menggariskan pendekatan praktikal bagi mualaf yang masih belajar solat, termasuk memahami rukun wajib, membaca sekadar kemampuan, mencari guru dan bersabar dalam proses pembelajaran, kerana Islam adalah agama yang memudahkan dan tidak membebankan.

 


Salah seorang non-Muslim berasal daripada Amerika mengajukan soalan dalam sesi soal jawab.

 


Non-Muslim berbangsa India mengemukan soalan mengenai Israk Mikraj kepada barisan panelis.

 

 


Ustaz Shahrin dalam ucapan khasnya menegaskan bahawa mualaf merupakan cerminan kekuatan sebenar Islam di Malaysia.

 


Ustaz Suhaimi mengendalikan sesi taklimat Hala Tuju Mualaf dan Kuiz Israk Mikraj.

 


YB Misbahul Munir menyampaikan cenderahati kepada pemenang Kuiz Israk Mikraj dari kalangan non-Muslim.

 


Pemenang berbangsa Cina menerima cenderahati Kuiz Israk Mikraj daripada YB Misbahul Munir.

 


Dr. Ahmad Kamal (kanan) bersama Ustaz Hasnil (dua dari kanan) menyampaikan barangan makanan, wang saguhati kepada peserta non-Muslim.

 


Saudara baharu menerima kit pengislaman dan wang saguhati daripada Ustaz Hasnil dan Dr Ahmad Kamal.

 


Barisan tetamu kehormat bersama-sama lebih 180 peserta bergambar kenang-kenangan di akhir program.

Related Articles

Back to top button