Dr Shahidan Kassim Pengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Wakaf Antarabangsa PERKIM
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โ Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) hari ini mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Wakaf Antarabangsa sebagai persiapan awal penganjuran program berskala besar yang dijangka menghimpunkan pakar wakaf dari dalam dan luar negara.
Mesyuarat penting itu dipengerusikan oleh ๐๐๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ญ๐จโ ๐๐๐ซ๐ข Shahidan Kassim yang menegaskan kepentingan penyelarasan rapi bagi memastikan konvensyen tersebut mencapai objektif strategik dalam memperkasa institusi wakaf negara.
Turut hadir ialah ๐ก๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ , ๐ฌ๐๐ต๐ด ๐๐ฟ ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ฅ๐ถ๐ฑ๐ต๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ฒ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต, ๐จ๐๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ถ๐๐ฟ๐ถ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต, ๐ฌ๐๐ต๐ด ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ก๐ฎ๐ธ๐ต๐ฎ๐ถ๐ฒ ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ฑ; ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต๐ฎ ๐๐ด๐๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ต๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ , ๐ฌ๐๐ต๐ด ๐๐ฎ๐๐ผ’ ๐๐ฟ ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐๐๐ธ๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐ข๐บ๐ฎ๐ฟ serta ๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐ต๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ , ๐ฌ๐๐ต๐ด ๐๐ฎ๐๐ ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐น ๐๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฅ๐ผ๐๐น๐ถ.
Kehadiran barisan Kepimpinan Tertinggi PERKIM mencerminkan komitmen padu PERKIM dalam memperkukuh agenda wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mapan.
Mesyuarat turut disertai wakil-wakil utama agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekali gus mengukuhkan hubungan strategik antara PERKIM dan pihak berkuasa agama dalam memastikan pelaksanaan program wakaf yang tersusun, berintegriti serta mematuhi kehendak syariah.
Kerjasama ini dijangka memantapkan lagi rangka kerja pentadbiran wakaf yang akan diketengahkan dalam konvensyen berkenaan.
Perbincangan yang berlangsung memberi tumpuan kepada empat perkara utama, termasuk peranan wakaf sebagai sumber sokongan jangka panjang kepada program dakwah dan kebajikan PERKIM.
Turut dibincangkan ialah penyelarasan model pentadbiran wakaf bagi memastikan tadbir urus yang lebih telus dan teratur, di samping merangka pengisian Konvensyen Wakaf Antarabangsa yang bakal melibatkan panel-panel pakar tempatan serta antarabangsa.
Fokus lain termasuk pengukuhan manfaat wakaf untuk tujuan pendidikan, kebajikan asnaf serta pembangunan mualaf iaitu satu segmen yang sentiasa menjadi keutamaan PERKIM sejak penubuhannya.
PERKIM menegaskan bahawa institusi wakaf perlu digerakkan secara lebih inovatif agar ia kekal relevan dengan keperluan masyarakat masa kini, selain berfungsi sebagai sadaqah jariyah yang memberi impak berpanjangan.
Sehubungan itu, konvensyen berkenaan dijangka menjadi platform penting dalam merumuskan hala tuju baharu wakaf negara yang lebih progresif, mampan dan berstrategi tinggi.
Dalam pada itu, mesyuarat tersebut turut disertai Penasihat kepada Kumpulan Fokus Penguatkuasaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), YBhg Datuk Dr Haji Mazlan Haji Ahmad, serta Pengarah Pentadbiran PERKIM Kebangsaan, YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad yang turut memberikan pandangan bagi memperkemas rangka kerja pelaksanaan konvensyen.
Secara keseluruhan, mesyuarat penyelarasan ini menandakan langkah awal PERKIM ke arah penganjuran Konvensyen Wakaf Antarabangsa yang dijangka membawa imej baharu kepada institusi wakaf serta membuka ruang kerjasama lebih luas dalam usaha memartabatkan dakwah dan kebajikan ummah di peringkat global.

Dato’ Seri Shahidan Kassim mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Wakaf Antarabangsa di ibu negara.

Wakil daripada JAKIM, JAWI dan JAIS hadir bagi memberikan pendapat kepada sidang mesyuarat.

Kepimpinan tertinggi dan warga PERKIM yang hadir dan mengikuti mesyuarat tersebut.

Ahli mesyuarat menunjukkan isyarat bagus atau terbaik pada lensa kamera ketika sidang mesyuarat berlangsung.



