Hidayah Yang Dinanti: Abang Sebak, Adik Pilih Islam Selepas 18 Tahun Pernantian
ᵒˡᵉʰ: ˢᴿᶻ
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟐𝟗 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Penantian penuh harapan selama 18 tahun oleh abang dan kakak kepada Tee Ching Guan akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila beliau dengan hati yang ikhlas memilih memeluk agama Islam pada petang Jumaat yang penuh barakah ini.
Majlis pengislaman yang penuh kesyahduan itu berlangsung di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Islam (UDPI) PERKIM Kebangsaan, Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong.
Lafaz dua kalimah syahadah itu turut disaksikan oleh abang kandung beliau, 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐞 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 selaku 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐔𝐃𝐏𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 dan 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐀𝐦𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐛𝐚𝐫𝐚𝐬𝐮 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡.
Farhan tidak dapat menahan rasa sebak apabila mendengar hasrat adik kandungnya untuk kembali kepada fitrah.
Beliau yang mempunyai enam orang adik beradik berkata, selama ini doa tidak pernah putus agar adik bongsunya itu diberikan hidayah.
“Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana penantian ini berakhir dengan kegembiraan. Kami sekeluarga mendoakan agar adik bongsu saya terus istiqamah dalam agama baharu ini,” ujarnya dengan penuh emosi.
Selepas melafazkan syahadah, 𝐓𝐞𝐞 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐆𝐮𝐚𝐧 yang berusia 36 tahun memilih nama Islamnya sebagai 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐞 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡.
Ketika ditemu bual, beliau berkata keputusan ini dibuat kerana minat mendalam terhadap Islam selain melihat teladan baik dari kalangan keluarga yang telah lama memeluk agama suci ini.
Begitu juga rakan-rakan beliau yang banyak memberi semangat kepadanya untuk memeluk Islam.
“Saya lihat mereka berubah menjadi insan yang lebih baik selepas memeluk Islam. Itu yang membuatkan saya yakin dengan pilihan ini,” jelas Adam Tee.
Menariknya, ketika upacara pengislaman berlangsung, hujan lebat turun membasahi bumi seakan-akan menjadi rahmat dan tanda keberkatan majlis tersebut.
Turut hadir memberi sokongan moral adalah kakaknya, Nurul Izzah Tee Abdullah bersama suaminya, Zam Zaini yang tidak mampu menahan sebak dalam kegembiraan.
Beliau yang terlebih dahulu memeluk Islam berkata, “Ini adalah saat yang kami nanti-nantikan sekian lama. Semoga Adam Tee terus tabah menempuh cabaran sebagai seorang Muslim.”
Selepas melafazkan dua kalimah tayyibah, Farhan Tee terus bersalaman dan memeluk erat adiknya sambil mengucapkan tahniah kerana telah kembali kepada agama fitrah serta menjadi seorang Muslim.
Sejurus itu, Ustaz Sulaiman turut memberi penerangkan secara ringkas mengenai Rukun Iman, Rukun Islam, konsep halal dan haram serta tanggungjawab yang harus digalas oleh seorang Muslim kepada Adam Tee.
Beliau menasihati agar Adam Tee itu menekuni ilmu agama secara berperingkat melalui bimbingan PERKIM dan terus hadir ke kelas-kelas pengajian.
Adam Tee juga merupakan anak saudara kepada Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg. Dr. Ridhuan Tee Abdullah.
Majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna itu ditutup dengan doa kesyukuran.
Sebelum itu, Adam Tee dikehendaki mengisi borang pendaftaran pengislaman dan menurunkan tandatangan dan cap jari pada borang tersebut.
Langkah ini bertujuan memberi panduan praktikal dalam memulakan kehidupan baharu sebagai seorang Muslim.
Hadirin mendoakan agar Adam Tee terus istiqamah dan diberi kemudahan dalam mendalami Islam.
Pihak PERKIM juga akan memberikan bimbingan susulan agar beliau dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai seorang Muslim.
Sejurus itu, Ustaz Sulaiman turut memberi penerangkan secara ringkas mengenai Rukun Iman, Rukun Islam, konsep halal dan haram serta tanggungjawab yang harus digalas oleh seorang Muslim kepada Adam Tee.
Beliau menasihati agar Adam Tee itu menekuni ilmu agama secara berperingkat melalui bimbingan PERKIM dan terus hadir ke kelas-kelas pengajian.
Adam Tee juga merupakan anak saudara kepada 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌, 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐫. 𝐑𝐢𝐝𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐞 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡.
Majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna itu ditutup dengan doa kesyukuran.
Selain itu, Adam Tee turut menerima beg pengislaman sumbangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengandungi pelbagai keperluan asas ibadah seperti Al-Quran, sejadah, buku Fardu Ain, panduan solat, Iqra’, kopiah, dan tasbih.
Langkah ini bertujuan memberi panduan praktikal dalam memulakan kehidupan baharu sebagai seorang Muslim.
Hadirin mendoakan agar Adam Tee terus istiqamah dan diberi kemudahan dalam mendalami Islam.
Pihak PERKIM juga akan memberikan bimbingan susulan agar Adam Tee dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai seorang Muslim.

Tee Ching Guan (kanan) melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Sulaiman dan disaksikan abangnya, Ustaz Farhan Tee (berbaju Melayu hijau).

Tee Ching Guan mengikuti perkataan demi perkataan kalimah syahadah di dalam Bahasa Arab diikuti terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Ustaz Farhan Tee bersalaman dan memeluk adiknya erat-erat selepas melafazkan kalimah tayyibah.

Ustaz Sulaiman bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada Tee Ching Guan.

Tee Ching Guan memilih nama Muhammad Adam Tee Abdullah sambil diberi penerangan oleh Ustaz Sulaiman mengenai Rukun Iman, Rukun Islam serta halal dan haram di dalam Islam.

Adam Tee mengisi butir-butir peribadi di dalam borang pengislaman dan menurunkan tandatangan.

Ustaz Sulaiman menyampaikan beg pengislaman kepada Adam Tee sambil ditemani oleh abang dan kakaknya dengan penuh kegembiraan.



