Dialog Harmoni PERKIM Suburkan Perpaduan, Kasih Sayang Di Kampung Krudda
๐ท:ย FATIN AKMAL AKSAH
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โ Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Program Dialog Harmoni: โMenjalin Silaturahim, Menyemai Kasih Sayangโ yang berlangsung di Dewan Kampung Ladang Sungai Krudda dekat sini pada pagi Sabtu.
Suasana mesra dan harmoni apabila masyarakat Islam dan bukan Islam berganding bahu menjayakan inisiatif perpaduan.
Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Informasi Islam Negeri Perak (PIINP) dan Majlis Belia PERKIM Negeri Perak serta dihadiri seramai lebih 100 orang terdiri daripada masyarakat berbangsa India.
๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ, ๐๐ฌ๐ญ๐๐ณ ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข๐๐ฉ๐ฉ๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก berkata, program ini adalah bertujuan untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan menanam nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat majmuk di kawasan ladang, di samping memperluas kefahaman Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
Seawal pagi, para penduduk mula membanjiri dewan utama dengan wajah ceria, menikmati sarapan sambil beramah mesra dalam suasana yang menggambarkan kesatuan hati tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Muhammad Hani Waran G. Ratnasami dari PERKIM Bahagian Negeri Perak yang menekankan pentingnya dialog berhemah dalam membina persefahaman antara masyarakat berbilang kaum, diikuti sesi ceramah utama oleh Ustazah Khairunisa Ahmad Kamaldeen, pendakwah bebas dan tenaga pengajar saudara baharu dari Persatuan Informasi Islam Negeri Perak (PIIN).
Dalam ceramah disampaikan dalam Bahasa Tamil yang bertajuk โMenjalin Silaturahim, Menyemai Kasih Sayangโ itu mengupas keindahan Islam sebagai agama rahmah yang menyeru kepada kasih sayang, keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Ustazah Khairunisa turut mengingatkan para hadirin tentang pentingnya menjaga hak jiran tanpa mengira agama, berdasarkan sabda Rasulullah SAW: โTidak beriman seseorang di antara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.โ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sesi dialog yang berlangsung selepas ceramah mencetuskan perbincangan mesra dan terbuka, dengan pelbagai soalan dan pandangan dikemukakan oleh penduduk.
Antara topik yang mendapat perhatian ialah adab kejiranan, batas pergaulan antara agama dan cara meraikan perayaan seperti Deepavali dalam konteks masyarakat majmuk.
Kemuncak program menyaksikan Pandian Krishnan, Pengerusi Penduduk Kampung Karudda menyampaikan ucapan penuh terharu dan penghargaan atas kehadiran PERKIM.
Beliau menyifatkan kehadiran organisasi Islam itu bukan sekadar berdakwah dengan kata-kata, tetapi juga dengan tindakan iaitu dengan menziarahi rumah ke rumah, menyantuni keluarga serta menghulurkan sumbangan bakul makanan dan kewangan sempena Deepavali.
Sementara itu, Ustaz Jais Mariappan yang juga mewakili ๐๐๐ญ๐ข๐๐ฎ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง, ๐๐๐ก๐ . ๐๐๐ญ๐จโ ๐๐ซ. ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ซ๐ณ๐ฎ๐ค๐ข ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ซ, dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada MAIWP atas sumbangan dana utama serta kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan program ini.
Beliau menegaskan bahawa inisiatif sebegini wajar diteruskan bagi memperkukuh keharmonian dan keutuhan masyarakat majmuk di Malaysia.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Tuan Haji Mior, mewakili YB Kapt (B) Datoโ Haji Mohd Najmuddin Elias, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Perak.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kejayaan program ini menjadi bukti nyata kekuatan ukhuwah Islamiah serta semangat perpaduan antara NGO Islam dan masyarakat setempat.
Sesi penyampaian cenderamata turut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Pandian Krishnan dan Ustaz Mohamad Noor PK Osman, Pengerusi PIIN, sebelum diteruskan dengan penyerahan bakul makanan kepada penduduk.
Suasana penuh hiba apabila penerima bantuan menitiskan air mata kegembiraan atas keprihatinan yang ditunjukkan.
Program berakhir dengan sesi bergambar kenangan dan jamuan makan tengah hari yang memperlihatkan keakraban antara semua lapisan masyarakat.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 90 menjadi penutup indah kepada program ini:
โSesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil, berbuat ihsan, dan memberi kepada kaum kerabat; dan Dia melarang dari perbuatan keji, mungkar dan zalim.โ
Dialog Harmoni di kampung tersebut bukan sekadar medan ilmu tetapi manifestasi kasih sayang dan keprihatinan yang membina jambatan persefahaman antara agama.
Program ini jelas memperlihatkan wajah sebenar Islam sebagai agama kedamaian, menyemai benih perpaduan demi Malaysia yang harmoni dan dirahmati Allah SWT.

Penduduk Kampung Krudda hadir bagi mendengar Dialog Harmoni yang disampaikan.

Pandian Krishnan menyampaikan ucapan selaku Pengerusi Penduduk Kampung Karudda.

Pandian menyifatkan kehadiran PERKIM bukan sekadar menyampaikan pesanan dan mesej yang baik, tetapi juga menziarahi rumah ke rumah.

Muhammad Hani Waran G. Ratnasami dari PERKIM Bahagian Negeri Perak yang menekankan pentingnya dialog berhemah.

Sesi soal jawab daripada penduduk kampung.

Haji Mior menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung.

Penduduk kampung menerima sumbangan saguhati daripada Haji Mior.

Haji Mior menyampaikan plak cenderamata PERKIM kepada Ustaz Mohamad Noor.

Pandian Krishnan menerima plak cenderamata PERKIM daripada Haji Mior.

Penduduk kampung mengambil hidangan makanan yang disediakan.

Penduduk kampung berkesempatan bergambar kenang-kenangan bersama kepimpinan PERKIM di akhir program.



