Aktiviti DakwahPengumumanVideo

Chilli Prawns Chinese Style Bersama YBhg. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Dapur Sihat : Juadah Berbuka Puasa – Chilli Prawns Chinese Style Bersama YBhg. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) membawakan sebuah rancangan masakan secara ringkas, mudah disediakan, menyelerakan dan berkhasiat serta tips pemakanan menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

Chef Arieffudin Abdul Khalid selaku Senior Chef Lecturer KLMUC bersama Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan, YBhg Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah akan menyediakan menu juadah berbuka puasa Chilli Prawns Chinese Style.

Prof juga turut berkongsi mengenai perkara yang halal lagi baik seperti mana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168 bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

Terbitan: Projek Digital Dakwah PERKIM Kebangsaan (DIDIK)

Video: FLT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button