Aktiviti Dakwah

Bengkel Pembinaan Pelan Tindakan Dakwah PERKIM

oleh: SRZ

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menganjurkan Bengkel Pembinaan Pelan Tindakan Dakwah bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya baru-baru ini.

Bengkel tersebut menghimpunkan 50 peserta terdiri daripada Setiausaha serta Pegawai Dakwah PERKIM Bahagian Negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM – Kuala Lumpur (IDIP-KL).

Bengkel tersebut dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg Dr Ramle Abdullah.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Tetap PERKIM, YBhg Tuan Haji Abd Ghafar Mamat; Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Mohamad Nordin Ibrahim dan Setiausaha Kerja Pentadbiran dan Program, YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik.

Bengkel itu bertujuan untuk memperkasakan dakwah di peringkat pusat, bahagian dan cawangan PERKIM bagi sesi tahun 2022 hingga 2025.

Tiga kumpulan dibahagikan bagi membincangkan dakwah kepada Muslim, non-Muslim dan peringkat antarabangsa.

Setiap kumpulan melontarkan pelbagai cetusan idea dan buah fikiran dalam perbincangan tersebut bagi menangani isu atau permasalahan sekali gus pendekatan yang akan dilaksanakan.

Seterusnya ketua kumpulan turut membentangkan pelan tindakan dakwah kepada Muslim, non-Muslim dan peringkat antarbangsa.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor turut memberikan pandangan dan pendapat beliau di penutupan bengkel tersebut.

Dr Yusof Noor, Dato’ Nordin dan Tuan Haji Mamat berkesempatan bertemu serta bergambar kenang-kenangan bersama kepimpinan dari negara Bahrain di akhir bengkel.

Bendahari Kehormat, Dato’ Haji Abdul Hanif Harun (kiri) bersama Naib Yang Dipertua PERKIM, Dr Ramle Abdullah di Bengkel Pembinaan Pelan Tindakan Dakwah PERKIM.
Dr Ramle mempengerusikan Bengkel Pembinaan Pelan Tindakan Dakwah PERKIM.

Peserta kumpulan sedang mendengar ucapan daripada pengerusi.

Peserta kumpulan mendengar dan mencatat ucapan yang disampaikan oleh pengerusi.

Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi menyediakan tugasan yang diberikan.

Ketua kumpulan membentangkan pelan tindakan dakwah peringkat antarabangsa.
Timbalan Pengerusi Tetap, Haji Abd Ghafar Mamat turut berkesempatan memberikan pandangan dan idea kumpulannya.

Mahadhir bersemangat ketika bertanyakan soalan dalam sesi soal jawab.

Kumpulan terakhir membentangkan tugasannya kepada peserta bengkel.

Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat PERKIM turut memberikan buah fikirannya kepada peserta untuk dijadikan sebagai metodologi dakwah.

Tetamu kehormat PERKIM berkesempatan bergambar kenang-kenangan bersama pimpinan dari negara Bahrain.

Related Articles

Back to top button