Aktiviti DakwahMesyuarat Agung PERKIM Kebangsaan

Anugerah PERKIM Kepada Tokoh dan Kakitangan

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) yang diadakan di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, PERKIM menganjurkan majlis makan malam pada 14 September 2016 baru-baru ini.

Majlis tersebut dihadiri 300 ahli mesyuarat termasuk perwakilan dan pemerhati termasuk Saudara Muslim berketurunan Cina, India, Iban, Bidayuh, Murut dan lain-lain.

Ia diadakan untuk meraikan ahli mesyuarat cawangan, bahagian Perkim serta Kelab Perkim Universiti (KPU) dari seluruh Malaysia dengan jamuan makan istimewa sebelum mesyuarat bersidang pada hari keesokkan harinya.

Aturcara tahunan tersebut diadakan untuk menghimpunkan ahli mesyuarat PERKIM dalam satu ukhwah Islamiyyah dan merapatkan silaturahim sesama Muslim dengan menyuarakan beberapa agenda dan usul serta hal ehwal berkaitan dengan saudara baharu dan umat Islam.

Ia turut turut memperdengarkan ucapan aluan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, ucapan dasar Yang DiPertua PERKIM selain penyampaikan beberapa kategori anugerah untuk menghargai jasa dan bakti ahli serta kakitangan PERKIM.

tan-sri-dr-mohd-yusof-noorsSetiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dalam ucapan aluannya berkata, malam tersebut merupakan malam yang penting kerana Yang DiPertua PERKIM akan menyampaikan amanat dan nasihat kepada para perwakilan, pemerhati dan ahli-ahli PERKIM dari seluruh pelusuk negeri melalui ucapan dasarnya.

Ianya sangat berbeza jika dibandingkan pada tahun-tahun sebelumnya kerana ucapan dasar dilakukan pada Majlis Makan Malam PERKIM bagi memudahkan kelancaran proses pemilihan yang dilakukan pada esok hari dan memandangkan ini adalah tahun yang paling penting buat PERKIM yang meraikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM kali ke-55.

Dr. Mohd. Yusof turut memberi penghargaan kepada Tun Yang DiPertua dan isteri kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menyampaikan amanat penting kepada ahli mesyuarat.

Katanya, perjumpaan pada setiap tahun sebagai ahli pertubuhan merupakan titik tolak untuk meneruskan usaha yang diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lebih dari 50 tahun yang lalu. Semoga kepimpinan Almarhum dapat diteruskan seperti yang dicita-citakan sehingga ke akhir hayatnya.

“Usaha yang bersungguh-sungguh dan keikhlasan yang mendalam adalah perlu untuk menjadikan PERKIM terus maju dan serta muncul sebagai badan dakwah dan kebajikan yang paling berkesan dalam negara kita,” tegas Dr. Mohd. Yusof yang juga Presiden Universiti Islam Malaysia (UIM).

“Saya berharap agar kita semua akan terus beristiqamah mengukuhkan dan memartabatkan imej umat Islam tanpa mengira harta, pangkat, kaum dan budaya yang berbeza,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada para petugas yang telah bertungkus-lumus melakukan persiapan majlis agar berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan.

Ahli mesyuarat menikmati juadah makanan seperti kambing masak kari, udang bersalut keju, sayur campur, ayam panggang lada hitam dan jus longan sambil dihiburkan persembahan dikir barat daripada Persatuan Aktivis Seni Warisan Melayu Putrajaya (Putera Seni Putrajaya).

TUN MAHATHIRMajlis diserikan dengan ucapan dasar Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau dalam ucapannya berkata, keadaan umat Islam pada ketika ini berada pada tahap yang membimbangkan dan kurang mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya menyebabkan kita sering ditindas. Malahan berlakunya peperangan sesama umat Islam menggambarkan bahawa Islam ini adalah agama pengganas.

Katanya, beliau berpendapat bahawa setiap yang terjadi disebabkan oleh sikap umat Islam itu sendiri yang tidak mahu memajukan diri dan bersaing secara sihat berlandaskan kehidupan Islam yang sebenar.

Mempraktikkan cara kehidupan Islam boleh mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan yang baik.

Namun sebaliknya yang berlaku dengan kita membenarkan nafsu kita menguasai fikiran dan tindakan.

Katanya, perpecahan umat Islam di kebanyakan negara Islam merujuk kepada kelemahan pentadbiran. Malangnya kita tidak boleh mencipta atau mengeluarkan teknologi baharu kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

Masyarakat Islam perlu mengubah nasib dengan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada misalnya menguasai ilmu dan kepakaran yang didominasi oleh golongan bukan Islam.

Kemahiran yang bukan terhad kepada ilmu fardu ain semata-mata malahan ilmu fardu kifayah juga perlu dikuasai oleh umat Islam.

“Saya berharap agar PERKIM menjadi ikutan terbaik sebagai badan kebajikan dan pentadbiran yang mempamerkan imej Islam yang sebenar seimbang dengan tuntutan dunia dan akhirat. Pegangan atau ikutan ajaran Islam yang bertentangan menyebabkan masyarakat mudah terjerumus kepada kebinasaan akidah dan akhlak,” ujar Dr. Mahathir.

“Selain itu saya yakin dengan keupayaan ahli-ahli PERKIM untuk menjadi individu cemerlang yang patut dicontohi oleh masyarakat luar khususnya di kalangan bukan Islam. Kita perlu menangani cabaran untuk memperbetulkan imej Islam yang telah dicemari dengan isu peperangan dan pembunuhan,” jelasnya.

Kita harus sedar bahawa Islam itu bersaudara tanpa mengenal perbezaan warna kulit, bahasa dan negara, tetapi hakikatnya kita tidak menunjukkan nilai persaudaraan maka tidak akan ramai yang berminat untuk memeluk agama Islam.

Oleh sebab itu, kita menjadi masyarakat yang daif dan mudah ditindas oleh pihak tertentu.

Saya dapati bahawa kita gagal mempertahankan umat Islam di saat mereka memerlukan kita.

Hari ini kita dapati di seluruh dunia tiada satu pun negara Islam yang paling berjaya. Jika ada yang kaya sekali pun masih tidak mampu mengurus kebajikan orang Islam.

Terdapat segelintir negara Islam yang kaya dengan hasil bumi iaitu anugerah daripada Allah SWT tetapi masih gagal membantu negara Islam yang miskin dan mundur. Kekayaan tidak perlu disimpan sepatutnya diurus dengan cara yang baik untuk dimanfaatkan kepada seluruh umat Islam.

Sepatutnya pada hari ini telah banyak negara Islam yang maju dilahirkan.

Tanggungjawab untuk berdakwah bukan semata-mata menjelaskan hukum-hakam tetapi menunjukkan akhlak yang baik untuk kebaikan dunia dan akhirat.

“Saya mengharapkan agar Malaysia menjadi contoh kepada negara Islam yang lain, bukan hendak berbangga dengan kejayaan yang kita miliki tetapi merasa sedih apabila melihat negara Islam lain yang tidak mengikut ajaran Islam sebagai cara kehidupan sebaliknya memilih nafsu menguasai diri untuk mengaut harta dan kekayaan menerusi peperangan dan pembunuhan sehingga mengabaikan hak orang lain,” rintihnya.

Tambah Dr. Mahathir, kita sedar bahawa kita merupakan manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan tetapi kita perlu berusaha untuk mengurangkan kelemahan yang ada pada diri kita dan mampu mentadbir negara kita dengan lebih baik.

Beliau turut terima kasih kepada pengurusan PERKIM kerana berjaya meneruskan kepimpinan dan pentadbiran Islam sehingga ke hari ini.

Dr. Mahathir dan Dr. Mohd. Yusof turut menyampaikan hadiah sijil penghargaan, trofi dan wang tunai kepada anugerah tokoh-tokoh kepimpinan dan kakitangan PERKIM di akhir majlis.

Anugerah Tokoh Pendakwah Unggul PERKIM dinobatkan kepada Mufti Perak, Sahibus Samahan Tan Sri Harussani Zakaria.

Anugerah Khidmat Bakti Dakwah PERKIM pula disandang oleh Bekas Naib Yang Dipertua PERKIM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ariffin Suhaimi; Pendakwah Bebas Pedalaman Sabah, Ustaz Mohd. Fadli Yusof; Timbalan Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPPP) PERKIM Kebangsaan, Datuk Haji Abdul Hanif Harun; Bekas Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Haji Yaacob Lazim; Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan Ustaz Kamaruddin Abdullah; Presiden Pertubuhan Al-Khadeem, Ustaz Hussain Yee.

Manakala bekas Pengarah Unit Pembangunan dan Aset PERKIM Kebangsaan, Datuk Yidris Abdullah dan Penaung Koperasi Permodalan Mualaf Berhad (KPMB), Datuk Seri Muhammad Ali Rangen Abdullah dinobatkan Anugerah Khas Yang DiPertua PERKIM.

Mohd Yusoff Ahmad (PERKIM Bahagian Negeri Selangor); Hashimah Hashim (PERKIM Kebangsaan), Rosmiah Daud (Institut Dakwah Islamiah PERKIM) dan Abdul Razak Yusof (SCORE PERKIM) masing-masing menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PERKIM.

Anugerah Khas Setiausaha Agung Kehormat PERKIM diraih oleh Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Jamilatun Noor Hashim@Hamid daripada PERKIM Kebangsaan.

Nordin Abdullah @ Noraden Anuraksas (PERKIM Bahagian Negeri Kelantan); Rohaiza Mohamed Tan (PERKIM Kebangsaan) dan Hj. Morsidi Mustafa (PERKIM Bahagian Negeri Sarawak) menerima Anugerah Perkhidmatan Lama PERKIM.

Yang turut hadir ialah kepimpinan PERKIM, Naib Yang DiPertua, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Datuk Dr. Mustapha Ma, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah; Bendahari Kehormat, Tan Sri Datuk Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Pengarah UPPP, Mamat Che Chik; Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Datuk Ahmad Mustafa serta Setiausaha Kerja, Zulkefli Arifin.

01
Tetamu kehormat PERKIM yang hadir di majlis makan malam.

02
Perwakilan PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan hadir di majlis tersebut.

03
Majlis makan malam PERKIM turut mengundang pemerhati Kelab PERKIM Universiti (KPU).

04
Kakitangan PERKIM turut tidak ketinggalan menjamu selera di majlis makan malam.

05
Halim Yazid (berdiri) mengetuai persembahan dikir barat dari Persatuan Aktivis Seni Warisan Melayu Putrajaya (Putera Seni Putrajaya).

06
Dr. Mohd. Yusof Noor menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.

07
Ucapan aluan disampaikan oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor di majlis itu.

08
Tun Dr. Mahathir menyampaikan ucapan dasar di majlis makan malam itu.

09
Ucapan dasar Yang DiPertua PERKIM menjadi acara utama jamuan malam malam sempena mesyuarat agung PERKIM.

10
Dr. Mahathir (berbatik biru) bersama tetamu kehormat menyampaikan warkah penghargaan Anugerah Tokoh Pendakwah Unggul PERKIM kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

11
Mantan Naib Yang DiPertua PERKIM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ariffin Suhaimi (kanan) menerima warkah penghargaan Anugerah Khidmat Bakti Dakwah PERKIM daripada Dr. Mahathir.

12
Anugerah Khidmat Bakti Dakwah PERKIM turut disampaikan kepada wakil kepada Pendakwah Pedalaman Sabah, Ustaz Mohd. Fadli Yusof.

13
Dato’ Hj Abdul Hanif Harun selaku Timbalan UPPP (berbaju hitam) menerima Anugerah Khidmat Bakti Dakwah PERKIM daripada Dr. Mahathir.

14
Dr. Mahathir menyerahkan warkah penghargaan Anugerah Khidmat Bakti Dakwah PERKIM kepada mantan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Hj. Yaacob Lazim (kanan).

15
Presiden IPSI, Kamaruddin menerima Anugerah Khidmat Bakti Dakwah PERKIM daripada Yang DiPertua PERKIM.

16
Wakil kepada Ustaz Hussain Yee dari Pertubuhan Al-Khadeem menerima Anugerah Khidmat Bakti Dakwah PERKIM daripada Dr. Mahathir.

17
Dr. Mahathir menyampaikan Anugerah Khas Yang DiPertua PERKIM kepada bekas Penyelaras Unit Aset dan Pembangunan PERKIM, Datuk Yidris Abdullah (kanan).

18
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PERKIM dinobatkan kepada Pegawai Dakwah PERKIM Bahagian Negeri Selangor, Mohd. Yusof Ahmad.

19
Hashimah Hashim menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PERKIM daripada Yang DiPertua, Dr. Mahathir.

20
Rosmiah Daud selaku kakitangan Institut Dakwah Islamiah PERKIM menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PERKIM.

21
Petugas Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE), Abdul Razak Yusof menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PERKIM daripada Yang DiPertua.

22
Anugerah Khas Setiausaha Agung Kehormat PERKIM dinobatkan kepada Pegawai UPPP, Muhammad Farhan Tee Abdullah.

23
Kakitangan UPPP, Jamilatun Noor menerima Anugerah Khas Setiausaha Agung Kehormat PERKIM daripada Dr. Mahathir Mohamad.

24
Pendakwah PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, Nordin Abdullah menerima Anugerah Perkhidmatan Lama daripada mantan Perdana Menteri Malaysia.

25
Anugerah Perkhidmatan Lama PERKIM turut diberikan kepada Rohaiza Mohd. Tan selaku kakitangan UPPP.

26
Penerima Anugerah Perkhidmatan Lama PERKIM, Hj. Morsidi Mustafa kakitangan PERKIM Sarawak.

27
Saudara Muslim berkesempatan bergambar kenang-kenangan bersama Tun Dr. Mahathir.

gambar selanjutnya facebook-logo-spaced

Related Articles

Back to top button