Video

Dari Pedalaman Chiang Rai, Syiar Aidiladha Terus Mekar

🌙🐄 Dari Pedalaman Chiang Rai, Syiar Aidiladha Terus Mekar

Program Jaulah, Dakwah dan Korban 2026 anjuran PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama RISEAP dan Jom Buat Baik membuktikan bahawa dakwah tidak mengenal sempadan.

Bersempena Hari Raya Aidiladha, misi kemanusiaan dan dakwah ini berjaya menyantuni masyarakat pedalaman Mae Pao, Phaya Mengrai, Chiang Rai melalui pendekatan kebajikan, ukhuwah dan pengorbanan.

✨ 10 ekor lembu korban disembelih dan diagihkan.
✨ Daging korban dijadikan stok makanan untuk 130 anak-anak Madrasah As-Siddiqin.
✨ Semangat gotong-royong dan persaudaraan Islam menyatukan semua sukarelawan.

Inilah makna sebenar Aidiladha, ia bukan sekadar ibadah korban, tetapi menyebarkan kasih sayang, mengukuhkan ukhuwah dan memperkenalkan Islam sebagai agama rahmah kepada seluruh masyarakat.

🤲 Semoga setiap pengorbanan menjadi asbab keberkatan dan hidayah buat ummah.

Related Articles

Back to top button