Tan Sri Setiausaha Agung Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Buat Warganya
oleh: SRZ
KUALA LUMPUR, 28 MAC 2025 – Untuk menguruskan organisasi Islam seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bukanlah satu tugas yang mudah, terutama dengan kekangan masa menjelang Mesyuarat Agung tidak lama lagi,” kata Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Tambahnya, persiapan menghadapi mesyuarat ini akan menjadi lebih mencabar kerana ia berlaku dalam tempoh Ramadan dan Aidilfitri yang turut menuntut perhatian terhadap urusan ibadah dan persiapan perayaan.
Menurut Dr Yusof Noor, kepentingan meraih Lailatul Qadar merupakan satu anugerah Allah SWT yang berlaku dalam bulan Ramadan.
Katanya lagi, walaupun perbezaan waktu di pelbagai negara boleh menimbulkan persoalan mengenai malam sebenar Lailatul Qadar, beliau menegaskan bahawa ganjaran malam itu tetap diperoleh mereka yang beribadah dengan ikhlas.
Dr Yusof Noor berkata ketika menyampaikan ucapan amanatnya di Majlis Sumbangan Aidilfitri Kepada Warga PERKIM Kebangsaan bertempat di Dewan Seminar Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, dekat sini pada pagi tadi.
Majlis tersebut menghimpunkan seramai lebih 50 warga PERKIM terdiri daripada pegawai dan kakitangan PERKIM Kebangsaan, Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIPKL), Pusat Pemulihan Komuniti Strok (SCORE) PERKIM, Tasputra PERKIM serta Asrama Darul Falah (ASDAF) PERKIM.
Dr Yusof Noor dalam ucapannya turut menekankan warganya kepentingan bersyukur kerana kerajaan masih lagi menyalurkan peruntukan kepada PERKIM.
Beliau juga menyentuh tentang cabaran kewangan badan-badan Islam berbanding organisasi keagamaan lain yang lebih kaya.
Walaupun negara Islam mempunyai sumber semula jadi yang banyak, badan-badan Islam masih bergelut dari segi kewangan.
Oleh itu, beliau mengajak PERKIM untuk mencari strategi menjana pendapatan sendiri agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.
Beliau turut menyoroti usaha Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memperoleh Bangunan PERKIM dan menekankan pentingnya kepimpinan yang berwawasan serta dihormati.
Cabaran lain yang dihadapi PERKIM ialah perancangan pembinaan sebuah rumah ibadat berdekatan, yang menurutnya mencerminkan kurangnya rasa hormat terhadap institusi Islam tersebut.
Beliau menyeru kepada anggota pentadbiran dan ahli PERKIM untuk bersatu demi menjaga imej organisasi sekali gus berusaha membina kekuatan kewangan serta keberkesanan dakwah tanpa hanya bergantung pada bantuan kerajaan.
Selain itu, beliau membincangkan cabaran yang dihadapi PERKIM dalam memastikan kesinambungan perjuangan dakwah, terutama kepada golongan bukan Islam.
Walaupun PERKIM turut menumpukan usaha memberi kefahaman Islam kepada orang Islam sendiri, misi utamanya adalah menyampaikan maklumat Islam kepada masyarakat bukan Islam agar mereka lebih memahami dan selesa dengan agama ini.
Dr Yusof Noor turut mengingatkan kepentingan menjaga keberadaan dan pengaruh PERKIM termasuk dalam aspek bangunan dan institusi yang menjadi simbol Islam.
Beliau berharap kepimpinan tertinggi dapat meneruskan usaha dan misi dakwah PERKIM.
Dr Yusof Noor mengakhiri ucapannya dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dan berharap PERKIM terus maju dalam misinya.
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan Aidilfitri disampaikan oleh Dr Yusof Noor kepada lebih 50 warganya.
Penyampaian sumbangan tersebut turut diiringi Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun dan Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.
Menurut Pegawai Komunikasi, Syahril Rosdi, bantuan tersebut bukan sahaja meringankan beban terutama bagi mereka yang memerlukan, tetapi juga mencerminkan keprihatinan dan kebersamaan dalam komuniti PERKIM.
Tambah beliau, sumbangan ini dianggap sebagai satu suntikan semangat, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri di mana persiapan perayaan memerlukan perbelanjaan tambahan.
Ada yang melihatnya sebagai satu tanda penghargaan terhadap usaha mereka dalam PERKIM, manakala yang lain menganggapnya sebagai satu bentuk kasih sayang dan sokongan moral daripada organisasi.
Selain itu, sumbangan ini juga mengukuhkan ikatan antara pemimpin dan ahli-ahli PERKIM, memperlihatkan nilai kebersamaan dalam Islam yang menekankan kepentingan membantu sesama insan.
Ulas beliau lagi, ia juga sejajar dengan semangat PERKIM dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan, bukan sahaja kepada masyarakat Islam, tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam melalui pelbagai inisiatif dakwah dan bantuan sosial.
Secara keseluruhannya, sumbangan ini memberi kesan positif kepada warga PERKIM, baik dari segi kewangan mahupun emosi, dan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk terus berkhidmat dalam organisasi ini.
Hadir sama, Pengarah Kanan PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin; Pengarah Unit Aset dan Pembangunan PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa; Pengarah IDIPKL, YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik; Pengarah Pendidikan dan Pembangunan Insan PERKIM Kebangsaan, YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad dan Setiausaha Kerja Eksekutif PERKIM Kebangsaan, Zulkefli Arifin.
Kepimpinan PERKIM bersama warganya berdiri tegak sambil menyanyikan lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan.
Muhammad Farhan Tee mengacarakan Majlis Sumbangan Aidilfitri 1446H kepada Warga PERKIM.
Muhammad Jais Mariappan memimpin bacaan doa pembuka majlis.
Warga PERKIM menadah tangan ketika doa dibacakan.
Ucapan Amanat Setiasuaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Beliau menyeru kepada warganya supaya bersatu demi menjaga imej organisasi.
Warga PERKIM hadir mendengar ucapan yang disampaikan.
Dr Yusof Noor menyampaikan sumbangan duit raya kepada Pengerusi TASPUTRA PERKIM, Hajah Elahe Norman.
Dato’ Nordin (kiri) menyampaikan duit raya dan cenderahati Aidilfitri kepada wakil Asrama Darul Falah (ASDAF) PERKIM.
Dr Yusof Noor menyampaikan duit raya dan hamper Aidilfitri kepada pengawal keselamatan.
Pengurus Unit Pembersihan turut menerima duit raya daripada Dr Yusof Noor.
Dato’ Razali menerima wang dan cenderahati Aidilfitri daripada Dr Yusof Noor.
Dr Yusof Noor menyampaikan duit raya kepada Dr Suariza.
Sulaiman Ding menerima duit raya daripada Dr Yusof Noor.
Syahirah Musa menerima duit raya Aidilfitri daripada Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat.
Azrol bersalaman selepas menerima hadiah Aidilfitri daripada Dr Yusof Noor.
Hasaidi menerima habuan Aidilfitri daripada Datuk Nordin.
Kegembiraan terserlah di wajah Safiyya selepas menerima duit dan cenderahati raya daripada Tan Sri Dr Yusof Noor.
Abdul Qawi daripada IDIPKL menerima duit dan cenderahati raya daripada Tan Sri SUA.
Dr Yusof Noor menyampaikan sumbangan duit raya kepada Dr Fatimah Abdullah dari SCORE PERKIM.
Fatin Hamizah gembira menerima duit raya daripada Dato’ Abdul Hanif Harun, Bendahari Kehormat PERKIM.
Imam Surau Jumaat PERKIM, Ahmad Muhammad turut menerima cenderahati Aidilfitri daripada Datuk Nordin.
Warga PERKIM turut menerima nasi himpit dan rendang daging sebagai juadah berbuka puasa.