Aktiviti Dakwah

SUA PERKIM Adakan Pertemuan Khas Bersama Kakitangan, Pelajar IDIP Kelantan

KOTA BHARU, 6 OGOS 2023 – Pengurusan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah mengadakan Pertemuan Khas Bersama Kakitangan Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) bertempat di Taman Putra PERKIM, Pengkalan Chepa, dekat sini.

Pertemuan tersebut telah diketuai oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Ia membincangkan mengenai pelaksanaan untuk pembinaan asrama IDIP bagi menggantikan asrama sedia ada yang telah uzur dan tidak sesuai diduduki.

IDIP telah beroperasi pada Februari 1991 sebagai pusat pendidikan sepenuh masa yang menawarkan pembelajaran kursus sijil asas pengajian Islam dan sijil pengajian Islam kepada saudara baharu.

Pertemuan di bilik mesyuarat tersebut disertai oleh Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim; Pengarah Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin; Pengarah Aset dan Pembangunan PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa serta Setiausaha Kerja PERKIM Kebangsaan, Zulkefli Arifin.

Seusai perbincangan, 104 pelajar IDIP terdiri daripada saudara baharu pelbagai bangsa turut diraikan di dalam Majlis Bersama YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor di Dewan Serbaguna IDIP.

Majlis tersebut disambut oleh Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg Prof Dr Ramle Abdullah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Task Force Pembinaan Asrama IDIP.

Dr Yusof Noor dalam ucapannya telah memaklumkan bahawa Dr Ramle akan menjalankan tugas sebagai Pengarah IDIP dan memperkasakan tugas pendaftar yang sedia ada bagi penambah baikan pengurusan IDIP kini dan masa akan datang.

Dr Yusof Noor berkesempatan menyampaikan 100 al-Quran Edisi Khas Saudara Baharu kepada pelajar IDIP.

Dr Ramle turut menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.

Selain itu, PERKIM Kebangsaan turut membekalkan katil, tilam, bantal dan almari berkunci yang baharu kepada pelajar untuk keselesaan di surau lama sebagai asrama sementara.

Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama tetamu kehormat PERKIM Kebangsaan dan kakitangan IDIP.

 

 


Kepimpinan PERKIM Kebangsaan mengadakan pertemuan bersama kakitangan IDIP di bilik mesyuarat.




Dr Yusof Noor meninjau keadaan asrama sementara IDIP di surau lama.



Dr Yusof Noor berkesempatan melihat keadaan asrama sementara dan berbual dengan pelajar-pelajar asrama IDIP.

 

 


Kepimpinan PERKIM mengadakan pertemuan bersama pelajar IDIP di Majlis Bersama YBhg Tan Sri Dr Yusof Noor, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.



Lebih 100 pelajar dan kakitangan IDIP di majlis pertemuan khas bersama SUA PERKIM.

 

 


Dr Yusof Noor (tengah) menyerahkan surat lantikan Pengerusi Jawatankuasa Task Force Pembinaan Asrama IDIP kepada Dr Ramle Abdullah.




Dr Yusof Noor menyampaikan senaskah al-Quran Edisi Khas Saudara Baharu kepada pelajar IDIP.




Pelajar IDIP menerima senaskah al-Quran Edisi Khas Saudara Baharu daripada Dr Yusof Noor.




Dr Ramle menyampaikan cenderahati kepada Dr Yusof Noor sambil disaksikan oleh kepimpinan PERKIM.



Kepimpinan PERKIM merakamkan gambar kenang-kenangan bersama kakitangan IDIP di akhir majlis.

Related Articles

Back to top button