Pengumuman

Program Kebajikan Pasca Banjir Bersama PERKIM

BANJIRs 2014

PROGRAM KEBAJIKAN PASCA BANJIR BERSAMA PERKIM
 
Banjir luar biasa yang melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia pada bulan Disember 2014 telah memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
 
PERKIM Kebangsaan telah pun memberi bantuan segera kepada mangsa banjir di Kuala Krai; Kelantan, Besut; Terengganu dan Temerloh; Pahang.
 
Daripada laporan PERKIM Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang terdapat keperluan yang mendesak untuk membantumangsa-mangsa banjir daripada golongan mualaf. dan Saudara Muslim.
 
Oleh yang demikian, PERKIM Kebangsaan sedang melancarkan program bantuan khusus untuk golongan Mualaf dan Saudara Muslim khasnya kepada anak-anak mereka
yang memerlukan pakaian dan peralatan sekolah.
 
KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BERMINAT UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KEBAJIKAN BERSAMA PERKIM
HULURLAH SUMBANGAN ANDA
KEPADA AKAUN PERKIM:
 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA [PERKIM]
NO. AKAUN MAYBANK BERHAD 564070000128
 
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
URUS SETIA KEBAJIKAN PERKIM KEBANGSAAN
03-40412482/40426224
[U.P : ENCIK MOHD AIZAT BIN ROSLI]
 
#PERKIM #PERKIMHQ #PERKIMKebangsaan #Banjir #SumbanganBanjir #Kebajikan #PascaBanjir

Related Articles

Back to top button