Aktiviti KebajikanAktiviti Kelab PERKIM

PERKIM UniKL Ziarah Pesakit Hospital Kajang

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekali pun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.” (an-Nisa’: 40)Sejak akhir-akhir ini, pelbagai pihak berusaha menganjurkan program amal bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik, golongan yang memerlukan dan mereka yang terlantar sakit seperti ungkapan peribahasa yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dengan kerjasama Kelab Perkim Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkesempatan menziarahi 82 pesakit di Wad Ortopedik dan Wad Kanak-kanak Hospital Kajang, Jalan Semenyih, Kajang, Selangor pada 5 Disember 2013 lalu.

Rombongan ziarah itu diketuai oleh Datuk Hj. Hasbullah L. Isa selaku Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim dan Wan Hamid Wan Teh selaku Pegawai Khas Perkim, 15 mahasiswa Kelab Perkim UniKL dan kakitangan Perkim serta empat pelajar pelatih daripada Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Perkim menziarahi sambil menyumbangkan 82 buah tangan kepada pesakit.

hasbullahHasbullah berkata, rombongan menziarah pesakit seperti ini merupakan aktiviti yang sering dilakukan bukan sahaja di kawasan lembah klang malah di seluruh Malaysia di bantu Perkim bahagian-bahagian dan Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (MAMPU).

“Program kebajikan hospital seperti ini adalah hasrat utama Perkim yang harus diperkembangkan serta diperluaskan ke seluruh Malaysia selain dakwah dan pendidikan. Ia bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim malah mengeratkan perpaduan tidak kira agama, bangsa dan keturunan,” jelas Hasbullah.

Hasbullah turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit di Wad Ortopedik dan Wad Kanak-kanak.

 “Antara pesakit yang ditempatkan di Wad Ortopedik ialah mereka yang menghadapi kecederaan disebabkan kemalangan, kecederaan tulang, kecederaan kepala, melakukan pembedahan disebabkan ketumbuhan, strok, gangguan saraf manakala di Wad Kanak-kanak ialah mereka yang menghidapi lelah, kesesakan nafas, denggi, demam panas, kecederaan disebabkan kemalangan dan lain-lain,” jelasnya.

Sebelum itu rombongan ziarah turut diberikan taklimat oleh Penyelia Jururawat Hospital Kajang, Mashitah Khalid manakala turut mengiringi Ketua Jururawat Wad Ortopedik, Zabariah Setaffa dan Ketua Jururawat Wad Kanak-kanak, Zaida Adnan.

Dengan menziarahi pesakit-pesakit, kita dapat menghayati dan menyelami penderitaan mereka yang sedang menghadapi musibah,” ujar Hasbullah sambil mendoakan mereka.

Hilangkanlah segala penyakit dan sembuhkanlah ia wahai Tuhan pencipta manusia, Engkau sahaja (Ya Allah) penyembuh segala penyakit, tiada kesembuhan kecuali daripada-Mu sahaja. Iaitu kesembuhan yang tidak akan dihinggapi penyakit lagi. (riwayat Bukhari dan Muslim)

saiful-lizansSaiful Lizan Mohamed selaku Penolong Pegawai Perubatan mewakili Pengarah Hospital Kajang ketika menyampaikan ucapan terima kasih kepada rombongan Perkim dalam satu majlis ringkas berkata, kedatangan rombongan pada hari itu sedikit sebanyak memberi keceriaan dan kesyukuran kepada pesakit-pesakit.

“Hospital Kajang dibina pada tahun 1889 di atas tanah seluas 16 ekar. Hospital ini telah berkembang maju selaras dengan pembangunan daerah Hulu Langat dari 250 katil pada tahun 1970an kepada 306 katil pada masa kini. Bangunan tambahan lain adalah melalui Projek Pembangunan Semula Fasa 2, Hospital Kajang telah dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia berjumlah RM14.1 juta dan telah siap pada tahun 1999,” jelas Saiful.

Beliau turut berharap kerjasama yang terjalin di antara Hospital Kajalng dengan Perkim akan terus dilakukan untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan dan berharap agar Perkim dapat mendedahkan aktivitinya kepada masyarakat.

Turut hadir ialah Pegawai Dakwah dan Inovasi Perkim, Muhammad Farhan Tee Abdullah, Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Kajang, Hafizah Mohd. Su’ud dan Yang DiPertua Kelab Perkim UniKL, Haffiz Mohamad.

 

1
Saiful Lizan mengalu-alukan kehadiran rombongan ziarah Perkim dan memberikan taklimat.

 

4
Hasbullah bersama rombongan Perkim menziarahi pesakit di Wad Ortopedik, Hospital Kajang.

 

6
Hasbullah mendoakan pesakit di Wad Ortopedik, Hospital Kajang.

 

8
Rombongan ziarah bergambar kenang-kenangan di perkarangan Wad Ortopedik bersama kakitangan hospital.

 

9
Farhan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada bapa pesakit di Wad Kanak-kanak.

 

12
Rombongan ziarah bergambar kenang-kenangan bersama kakitangan hospital di Wad Kanak-kanak.

 

13
Mahasiswa Kelab Perkim UniKL diberi taklimat oleh Mashitah Khalid (kanan).

 

14
Mahasiswa menziarahi pesakit cilik sambil ditemani ibunya.

 

15
Mahasiswi menziarahi sambil menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanak-kanak.

 

16
Mahasiswa Kelab Perkim UniKL bergambar bersama-sama di perkarangan Wad Kanak-kanak.

 

17
Mahasiswa Kelab Perkim UniKL turut menerima cenderamata daripada pihak Perkim.

 

19
Mahasiswa Kelab Perkim UniKL bergambar kenang-kenangan di pintu masuk Hospital Kajang di akhir ziarah.

 

[mappress mapid=”12″]

Related Articles

Back to top button