PERKIM Pusat, KPU UKM Bersih Selut, Lumpur Rumah Mangsa Banjir
π· : SAIDI SAID & FARHAN TEE
HULU LANGAT, 25 DISEMBER 2021 : Pasukan Misi Bantuan Banjir PERKIM Pusat bersama 10 mahasiswa Kelab PERKIM Universiti (KPU) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membersihkan beberapa buah rumah mangsa banjir dan memindahkan harta benda yang rosak di Taman Seri Nanding sejak awal pagi tadi.
Menurut Pegawai PERKIM, Muhammad Farhan Tee Abdullah, kami bergotong-royong membersihkan beberapa buah rumah dengan membuang selut dan lumpur setinggi paras betis sejak pagi tadi.
Walaupun cuti umum hari ini, ia tidak menjadi penghalang dan semangat pasukan PERKIM dalam membantu saudara-saudara yang terkesan dengan banjir.
βAda yang pakai penyodok dan ada juga pakai mesin pancutan air waterjet untuk bersihkan rumah mereka,β kata Farhan.
Farhan juga menyeru kepada mereka agar dapat memberi tenaga dalam membantu ratusan lagi rumah yang masih belum dibersihkan dari lumpur dan selut.
Selain rumah, dewan dan surau juga terkesan dengan banjir yang teruk.
βIa merupakan kenangan manis dalam membantu mereka yang dalam kesusahan dan hilang harta benda, walaupun kami sedikit penat namun setidak-tidaknya kami dapat sumbangkan usaha kami walaupun sedikit,β ujar beliau.
Turut hadir, Pegawai PERKIM Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah, Ahmad Hasaidi Said, Safiyya Nur Sakeena Sallehuddin dan Jamilatun Noor Hashim@Hamid.