Aktiviti Kebajikan

PERKIM Bukit Damansara Serah Zakat Asnaf

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (at-Taubah: 103)

Baru-baru ini, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Bukit Damansara mengadakan suatu majlis bagi penyerahan zakat kepada golongan asnaf yang berlangsung di Madrasah Raudatun Muttaqin, Taman Dato’ Senu,  Kuala Lumpur, pada 22 Julai 2014 lalu.

Majlis itu telah menghimpunkan seramai 70 golongan asnaf yang terdiri daripada orang miskin, fakir, ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang menetap di sekitar Taman Dato’ Senu, Sentul dan PPR Desa Rejang, Setapak.

abdul-hanif-harunsMajlis diserikan lagi dengan penyampaian wang zakat oleh Pengerusi Perkim Cawangan Bukit Damansara, Abdul Hanif Harun kepada para penerima.

“Ia merupakan program tahunan dan pada tahun ini sebanyak RM7000 wang zakat dan diagihkan kepada 70 penerima,” jelas beliau.

Tambahnya, Perkim turut memperuntukkan RM7000 kepada penerima bagi barangan makanan seperti beras, minyak, sardin, susu tin, kopi, teh, tepung, gula, dan lain-lain.

“Walaupun sumbangan tersebut kecil nilainya, tetapi diharap akan membawa keberkatan serta akan merapatkan ukhuwah sesama Islam serta mengukuhkan lagi tali persaudaraan,” jelas Abdul Hanif yang juga Timbalan Pengarah Unit Dakwah dan Inovasi Perkim.

Perkim sentiasa membuka ruang serta peluang kepada individu mahu pun syarikat korporat untuk menyumbang tidak kira dalam apa jua bentuk sama ada wang, makanan, pakaian atau barangan kepada mereka yang bergelar asnaf.

Abdul Hanif berharap individu atau pun syarikat korporat perlu mempergiatkan aktiviti-aktiviti kebajikan untuk disampaikan kepada golongan asnaf sebagai salah satu tanggungjawab sosial dan sebagai seorang Muslim.

Ia sejajar dengan firman Allah SWT dalam surah al-Taubah, ayat 102 yang bermaksud: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Turut hadir Pegawai Dakwah Perkim, Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan dan Ahli Jawatankuasa Taman Sentul Raya, Buang Baba.

1

Abdul Hanif (dua dari kanan) menyampaikan wang zakat dan sumbangan makanan kepada penerima.

2

Pemberian zakat kepada warga emas.

3

Pemberian wang zakat dan sumbangan makanan kepada ibu tunggal.

4

Antara asnaf yang menerima sumbangan daripada Perkim Cawangan Bukit Damansara.

5

Sumbangan zakat kepada asnaf yang dilakukan di perkarangan Madrasah Raudhatul Muttaqin Taman Dato’ Senu.

6

Ahli Perkim Bukit Damansara menyampaikan sumbangan zakat kepada penerima.

7

Sumbangan wang zakat dan makanan kepada orang kelainan upaya (OKU).

8

Orang kelainan upaya (OKU) antara penerima sumbangan zakat Perkim.

9

Penerima-penerima zakat bergambar bersama ahli Perkim Cawangan Bukit Damansara.

Sila klik untuk melihat lagi gambar >>>facebook-logo-spaced

Related Articles

Back to top button