Aktiviti Kebajikan

PERKIM Agih 100 Bantuan Buat Asnaf

Syukur Alhamdulillah kerana Pasukan Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah selesai mengagihkan 100 set Program Bantuan Makanan PERKIM termasuk barangan kebersihan dan sumbangan tunai kepada golongan asnaf saudara baru, fakir dan miskin di tiga lokasi iaitu di Wangsa Maju, Selayang dan Batu Caves pada 30 April 2020 lalu.

Golongan tersebut hilang mata pencarian mereka berikutan penularan wabak Corona Virus (COVID-19) dan tidak dapat bekerja atau mencari sumber pendapatan disebabkan akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara bermula 16 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020.

Antara bantuan sumbangan barang makanan yang diagihkan kepada golongan asnaf ialah ialah beras 10 kilogram, tepung, gula, sardin, krimer, biskut, kopi, teh, kurma, kordial, mi segera, bihun, minyak masak, sos cili, kicap dan garam.

Manakala barangan kebersihan ialah ubat gigi, pencuci pinggan, sabun badan, sabun pencuci baju, topeng muka dan pencuci tangan (hand sanitizer).

Pasukan Kebajikan PERKIM mengorbankan masa, tenaga dan kudrat mereka demi meneruskan pengagihan bantuan kepada golongan asnaf di sekitar PPR Pekan Batu, Jalan Ipoh dan Bandar Baru Sentul walaupun hari tersebut merupakan cuti Hari Pekerja, 1 Mei 2020.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor mengucapkan terima kasih kepada Barisan Hadapan PERKIM kerana sanggup turun padang ke beberapa kawasan demi untuk menghulurkan Program Bantuan Makanan PERKIM kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Dr Yusof Noor turut berpesan kepada petugas supaya berhati-hati dengan keselamatan kerana terdapat bantuan yang dihantar merupakan kawasan zon merah dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau juga menasihatkan supaya petugas mengekalkan jarak sosial satu meter di tempat awam dan mendoakan semoga Allah SWT melindungi kita semua dari segala kesulitan.

Antara pegawai dan sukarelawan PERKIM yang terlibat ialah Muhammad Farhan Tee Abdullah, Mohd Jogi Maruli Panjaitan, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan, Hamidah Ismail, Aizat Rosli, Rahman Ismail, Amran Anbarasu Abdullah, Jamilatun Noor Hamid@ Hashim, Siti Fatimah Ladda Abdullah, Azura Abdul Rahman, Umizah Wanir Mohd. Anuar, Mua’lish Shah Mohd. Anuar, Umi Musfirah Abdul Ghani, Abdul Razak Md. Yusop Suboh, Khairul Anuar Mohd. Subari, Mohd. Noor Hamim Suntong.

Terus hulurkan sumbangan secara tunai/online bagi meringankan beban golongan asnaf melalui akaun: AFFIN BANK 1050 2000 2899 (PERKIM – TABUNG KEBAJIKAN TUNKU)

Maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM Kebangsaan.
– Muhammad Farhan Tee Abdullah – 017-4788934
– Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan – 013-3574786
– Amran Anbarasu Abdullah – 016-8067864

Related Articles

Back to top button