Aktiviti Dakwah

Muhammad Farhan Tee Dianugerahkan Sebagai Tokoh Saudara Muslim Cemerlang

IMG-20141117-WA0063 Foto: Group Whatapps

Dua dipilih Tokoh Saudara Muslim Cemerlang

Oleh: Izlaily Nurul Ain Hussein
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Pegawai Unit Dakwah dan Inovasi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dianugerahkan sebagai Tokoh Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2014.

Muhammad Farhan Tee Abdullah, 29, dipilih menerima anugerah itu atas kesungguhannya menyalurkan sumbangan dan khidmat bakti dalam membimbing saudara baru serta menarik minat mereka terhadap Islam.

Dia yang juga anak saudara kepada pendakwah bebas, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah itu membawa pulang wang tunai RM3,500, sijil penghargaan serta hadiah iringan.

Seorang lagi saudara baru, Fatimah Fadhilah Rajeswary, 52, dianugerahkan Tokoh Saudara Muslim Cemerlang itu bagi kategori wanita.

Mereka dinobatkan sebagai penerima anugerah itu sempena Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 1436H/2014M yang berlangsung di Pusat Islam Iskandar di sini, selama dua hari bermula semalam.

rujukan: http://www.hmetro.com.my/node/9455

 

SIJIL FARHANs

                                         Klik untuk lihat lagi gambar : facebook-logo-spaced

Related Articles

Back to top button