Aktiviti Dakwah

Lebih 230 Saudara Baharu Sertai Tadarus Perdana Sempena Nuzul Al-Quran dan Hari PERKIM Ke-66

ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟳 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Seramai lebih 230 saudara baharu daripada pelbagai bangsa menyertai Tadarus Al-Quran Perdana sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1447H dan Sambutan Hari PERKIM Ke-66 yang berlangsung di Surau Jumaat PERKIM, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah di sini, pagi Sabtu.

Program anjuran bersama PERKIM Kebangsaan dan Surau Jumaat PERKIM itu menghimpunkan saudara baharu daripada pelbagai latar belakang termasuk kaum Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan Bidayuh selain warga negara Filipina, Indonesia, Kemboja serta Myanmar.

Para peserta dibahagikan kepada 15 kumpulan dengan setiap kumpulan membaca dua juzuk al-Quran yang dibimbing oleh munabbih. Turut diwujudkan tiga kumpulan khas iaitu dua kumpulan dewasa dan satu kumpulan kanak-kanak yang masih baharu mengenal al-Quran, dengan bimbingan bacaan ayat-ayat lazim.

Majlis berkenaan diacarakan sepenuhnya oleh 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗿𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵.

Acara tersebut turut diserikan dengan keberangkatan 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗬𝗧𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁𝗶 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷 diiringi 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗶𝗱𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 serta 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗿. 𝗡𝘂𝗿’𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗳.

Selepas selesai sesi tadarus, 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗝𝗮𝗶𝘀 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗮𝗽𝗽𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 memimpin bacaan khatam al-Quran bermula daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas sebelum menyampaikan doa khatam al-Quran.

Beliau kemudiannya mengetuai bacaan Surah Yasin dan tahlil yang dibaca secara beramai-ramai khusus dihadiahkan kepada Pengasas PERKIM, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗗𝗿. 𝗦𝘂𝗮𝗿𝗶𝘇𝗮 @ 𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 dalam ucapan aluannya mewakili 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗢𝗺𝗮𝗿 berkata, sambutan Nuzul al-Quran merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam yang memperingati turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Menurutnya, al-Quran bukan sekadar kitab suci untuk dibaca, malah perlu difahami, dihayati serta diamalkan dalam kehidupan seharian agar dapat membentuk masyarakat yang berakhlak mulia dan sejahtera.

Beliau turut menjelaskan bahawa Hari PERKIM yang disambut pada setiap 8 Februari diabadikan sempena hari kelahiran pengasasnya, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun tarikh sebenar penubuhan PERKIM ialah pada 19 Ogos 1960 yang telah diterima secara rasmi oleh Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM.


Sementara itu, 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗶𝗱𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 dalam ucapan perasmiannya menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada semua hadirin untuk berkumpul dalam majlis Sambutan Nuzul al-Quran dan Sambutan Hari PERKIM ke-66.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut khususnya warga PERKIM yang terus komited melaksanakan usaha dakwah dan kebajikan kepada saudara baharu.

Dalam ucapannya, Dr Ridhuan Tee turut mengimbau jasa besar Almarhum Tunku yang disifatkan sebagai seorang negarawan yang memainkan peranan penting dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Menurut beliau, walaupun Almarhum Tunku bukan seorang agamawan, tokoh tersebut sering mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam, selaras dengan hadis Rasulullah SAW yang menyeru umat Islam agar menyampaikan dakwah walaupun hanya satu ayat.

“Contoh kepimpinan yang ditunjukkan oleh Almarhum Tunku membuktikan bahawa seorang pemimpin yang melakukan kebaikan akan menjadi ikutan masyarakat,” katanya.

Beliau turut menyeru warga PERKIM dan umat Islam agar tidak berasa segan untuk mengajak rakan-rakan bukan Islam mengenali Islam melalui pendekatan yang berhikmah, sama ada melalui perkataan yang baik, teladan yang mulia mahupun pergaulan yang menunjukkan keindahan ajaran Islam.

Selain itu, beliau berkongsi pengalaman peribadinya sebagai seorang mualaf yang meninggalkan kepercayaan lama untuk menganut agama tauhid, sekali gus menjadikan beliau lebih peka terhadap kepentingan menjaga kesucian akidah serta memperkukuh usaha dakwah.

Menurutnya, PERKIM perlu terus memainkan peranan sebagai organisasi yang aktif dalam menjaga kebajikan saudara baharu serta memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam.

Dalam masa sama, Dr Ridhuan Tee menegaskan bahawa Islam menghormati hak penganut agama lain untuk beribadat, namun setiap perkara perlu dilaksanakan dengan menghormati batasan dan hak masyarakat setempat.

Beliau turut mengingatkan bahawa segala usaha yang dilaksanakan oleh PERKIM seperti membantu saudara baharu, memberikan ilmu serta menyediakan bantuan kebajikan merupakan amal jariah yang pahalanya berterusan.

“Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah menjadi saham akhirat yang pahalanya berterusan termasuk kepada mereka yang telah meninggal dunia,” katanya.

Pada akhir ucapannya, beliau mengajak semua hadirin terus mendoakan agar usaha dakwah dan kebajikan PERKIM sentiasa diberkati Allah SWT serta mendoakan agar Almarhum Tunku ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, beliau merasmikan Majlis Sambutan Nuzul al-Quran 1447H dan Sambutan Hari PERKIM Ke-66.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati oleh Dr. Ridhuan Tee kepada para munabbih dan peserta tadarus, manakala Tunku Noor Hayati berkenan menyampaikan zakat kepada para peserta di penghujung majlis.

Turut hadir sebagai urus setia program ialah 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗠𝘂𝗻𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗦𝗮𝘆𝗲𝗱 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗱𝗮𝗻, 𝗡𝘂𝗿 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗠𝘂𝘀𝗮, 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗺𝗶𝘇𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹, 𝗔𝘇𝘂𝗿𝗮 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻, 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗔𝗸𝘀𝗮𝗵, 𝗙𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝗿𝗶𝘀𝗵𝗮 𝗛𝗮𝘇𝗹𝗶𝘇𝗮𝗺, 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗟𝗮𝗱𝗱𝗮 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗠𝘂𝗮𝗹𝗶𝘀𝗵 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗻𝘂𝗮𝗿.

 


Ustaz Jais Mariappan memimpin bacaan tadarus Al-Quran selaku munabbih kumpula bersama para mualaf

 


Saudara baharu bersama masyarakat Islam bertadarus sempena Nuzul Al-Quran 1447H di Surau Jumaat PERKIM.

 


Ustaz Jogi selaku munabbih membaca bersama-sama peserta tadarus sambil membetulkan kesalahan kecil.

 


Peserta kumpulan warga PERKIM Kebangsaan tidak terkecuali menyertai majlis tadarus bersama-sama.

 


Majlis tadarus sempena Nuzul Al-Quran menghidupkan lagi suasana keindahan Islam di bulan Ramadan Al-Mubarak.

 


Ustazah Munirah selaku munabbih bertadarus bersama-sama kanak-kanak cilik.

 


Keberangkatan tiba YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Ketua Wanita PERKIM berkenan hadir bersama Dr Ridhuan Tee di Majlis Nuzul Al-Quran.

 


Ustaz Jais Mariappan memimpin bacaan Surah Yasin dan tahlil sempena Hari PERKIM ke-66.

 


Surah Yasin dibaca dengan penuh tenang dan tartil secara berjemaah.

 


Saudara baharu yang baru selesai mengkhatamkan al-Quran menghadiahkan bacaan Yasin khusus kepada Pengasas PERKIM, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

 

 


(Dari kiri:) Dr Suariza, Tunku Noor Hayati, Dr Ridhuan Tee dan Dr Nur’azah bersama-sama menghadiahkan bacaaan Yasin kepada Almarhum Tunku sempena Hari PERKIM.

 


Saudara baharu yang boleh membaca mengikut bersama-sama bacaan Yasin.

 


Selesai bacaan Surah Yasin, diadakan pula bacaan tahlil kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman.

 


Tetamu kehormat PERKIM di Majlis Sambutan Nuzul Quran 1447H dan Sambutan Hari PERKIM ke-66.

 


Ustaz Farhan Tee selaku pengacara majlis mengacarakan Majlis Sambutan Nuzul Quran 1447H.

 

 


Ustaz Jais Mariappan memimpin bacaan doa khatam al-Quran dan doa selamat.


Tetamu kehormat menadah tangan ketika doa dibacakan.

 

 

 


Saudara baharu turut mengaminkan doa yang dibacakan.

 


Dr. Suariza dalam ucapan aluannya mewakili Setiausaha Agung Kehormat PERKIM berkata, sambutan Nuzul al-Quran merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam yang memperingati turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW.

 


Dr Ridhuan Tee turut mengimbau jasa besar Almarhum Tunku yang disifatkan sebagai seorang negarawan yang memainkan peranan penting dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

 


Menurut beliau, walaupun Almarhum Tunku bukan seorang agamawan, tokoh tersebut sering mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam, selaras dengan hadis Rasulullah SAW yang menyeru umat Islam agar menyampaikan dakwah walaupun hanya satu ayat.

 


Dr Ridhuan Tee menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Jogi selaku munabbih kumpulan tadarus.

 


Norlailialpin selaku munabbih kumpulan tadarus menerima cenderhati daripada Dr Ridhuan Tee.

 


Tunku Noor Hayati berkenan menyampaikan wang zakat kepada saudara baharu.

 


Saudara baharu muslimah menerima wang zakat daripada Tunku Noor Hayati.

 


Tunku Noor Hayati menyampaikan wang zakat kepada peserta tadarus.

 


Kanak-kanak cilik turut menerima wang zakat daripada Tunku Noor Hayati.

 


Tunku Noor Hayati menyampaikan cendera kenangan kepada Dr Ridhuan Tee di akhir majlis.

 


Dr Nur’azah menerima cendera kenangan daripada Tunku Noor Hayati.

Related Articles

Back to top button