Aktiviti Dakwah

Kunjungan Hormat Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Melaka Ke PERKIM Kebangsaan

oleh: SRZ

KUALA LUMPUR, 25 MEI 2023 – Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah menerima kunjungan hormat Mufti Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil bertempat di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Jalan Sultan Azlan Shah pada pagi Khamis.

Dr Yusof Noor merakamkan ucapan tahniah kerana Datuk Wira Abdul Halim telah dipilih sebagai Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Melaka pada 19 Mac 2023 lalu serta dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil Pentadbiran dan Kewangan oleh PERKIM Kebangsaan pada minggu lalu.

Kunjungan hormat itu bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang lebih akrab di antara PERKIM Bahagian Negeri Melaka dengan PERKIM Kebangsaan dan bertukar-tukar pandangan serta idea bagi menggarap usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada mualaf di PERKIM Bahagian Negeri Melaka khususnya.

Kunjungan tersebut turut disertai oleh Naib Pengerusi 1 PERKIM Bahagian Negeri Melaka, YBhg Haji Abd Rahim Alimat; Naib Pengerusi 2 PERKIM Bahagian Negeri Melaka, YBhg Haji Bahaudin Haji Abdullah; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Melaka, YBhg Haji Md Nor Haji Mansor; Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Melaka, YBhg Hajah Sabariah Jamil Ahmad dan Pegawai PERKIM Bahagian Negeri Melaka, Puan Rukiah Sungip.

Kunjungan dua hala tersebut memberi input-input yang segar bagi merancang serta menjalankan program serta aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada saudara baharu.

Datuk Wira Abdul Halim memulakan ucapannya dengan membawa tema ‘Bijak Laksana Hang Tuah, Berani Laksana Hang Jebat’ seperti mana yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini.

Beliau dalam ucapannya berkata PERKIM Bahagian Negeri Melaka akan bekerjasama dengan semua pihak sama ada agensi kerajaan atau badan-badan bukan kerajaan yang memberikan kekuatan kepada kami dalam menggerakkan aktiviti dan program dakwah selaras dengan agenda kerajaan serta misi atau visi sejajar dengan objektif PERKIM dalam kebajikan, pendidikan serta kerjasama kepada saudara baharu.

Diharap pertemuan tersebut dapat mempergiatkan lagi program dan aktiviti kolaborasi di antara PERKIM Kebangsaan dan PERKIM Bahagian Negeri Melaka menjelang tahun 2023.

Di akhir kunjungan, Datuk Wira Abdul Halim menyerahkan Geran Hak Milik Penuh PERKIM Bahagian Negeri Melaka seluas 404 hektar 10 ekar bertempat di Mukim Melaka Pindah, kawasan Lesung Batu kepada Dr Yusof Noor.

Dr Yusof Noor turut menyampaikan senaskah Al-Quran Addeen terbitan Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad serta sebuah buku ‘Coffee Table’ Warisan dan Wawasan 60 Tahun PERKIM kepada Datuk Wira Haji Abdul Halim.

Turut hadir ialah Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Mohamad Nordin Ibrahim; Pengarah Aset dan Pembangunan PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa serta Pengarah Penerbitan dan Media Baru PERKIM Kebangsaan, Firdaus Lokman Tah.


Ketibaan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil (dua dari kanan) di Pejabat Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.


Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil menandatangi buku pelawat PERKIM Kebangsaan.


Kunjungan hormat itu bertujuan untuk .bertukar-tukar pandangan serta idea bagi menggarap usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada mualaf di PERKIM Bahagian Negeri Melaka khususnya.


Datuk Wira Abdul Halim berkata, PERKIM Bahagian Negeri Melaka akan bekerjasama dengan semua pihak dalam menggerakkan aktiviti dan program dakwah selaras dengan agenda kerajaan.


Kunjungan hormat itu dapat mewujudkan lagi hubungan yang lebih akrab di antara PERKIM Bahagian Negeri Melaka dengan PERKIM Kebangsaan.


Kunjungan itu memberikan input-input yang segar bagi merancang serta menjalankan program serta aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada saudara baharu.


Datuk Wira Abdul Halim menyerahkan Geran Hak Milik Penuh PERKIM Bahagian Negeri Melaka kepada Dr Yusof Noor.


Dr Yusof Noor turut menyampaikan cenderahati kepada Datuk Wira Haji Abdul Halim.


Pimpinan PERKIM Kebangsaan berkesempatan bergambar bersama pimpinan PERKIM Melaka.

Related Articles

Back to top button