PERKIM Kebangsaan Hadir Majlis Graduasi Tadika Inovasi Cerdik, Ziarah Kebajikan Balu Bekas Pegawai Dakwah PERKIM Perak
ðððððð ððððð â Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan terus memperkukuh hubungan muhibbah dan kerjasama harmoni dalam kalangan masyarakat majmuk menerusi penyertaan sebagai tetamu khas pada Majlis Graduasi Kali Ke-12 Tadika Inovasi Cerdik yang berlangsung di Dewan V. Meenachi Sundram, Ladang Sungai Krudda, di sini baru-baru ini.
Kehadiran PERKIM Kebangsaan ke majlis tersebut adalah hasil hubungan baik yang terjalin susulan penganjuran Program Ziarah Muhibbah Masyarakat Majmuk India di Estet Kampung Padang Krudda pada 17 Oktober 2025 yang dilaksanakan melalui pendekatan dakwah bil hal serta interaksi berterusan bersama komuniti setempat.
Program terdahulu itu bukan sahaja berjaya merapatkan silaturahim, malah membuka ruang kerjasama yang positif antara PERKIM Kebangsaan dan masyarakat tempatan, sehingga komuniti Estet Kampung Padang Krudda menjemput PERKIM Kebangsaan sebagai tetamu kehormat bagi majlis pendidikan kanak-kanak yang berprestij tersebut.
Bagi memenuhi undangan berkenaan, PERKIM Kebangsaan telah menghantar rombongan seramai empat orang yang diketuai oleh ððĪðŽððĪðŪððĒð ðððĪð°ððĄ ðð, ððŽðððģ ððŪðĄððĶðĶðð ðððĒðŽ ðððŦðĒððĐðĐðð§ ððððŪðĨðĨððĄ ðððŦðŽððĶð ðĪððĪðĒððð§ð ðð§ð§ðēð, ððĻðĄððĒðģð ððĻðĄð ððð§, ð ðððĒð§ ððĪðĶððĨ ððĪðŽððĄ ððð§ ððĻðĄð ð ððŦððĨðē ððĻðĄðð§.
Hadir sama daripada PERKIM Bahagian Negeri Perak, Hani Waran G Ratnasamy dan Pengerusi Pertubuhan Informasi Islam Negeri Perak (PIIN), Ustaz Mohamad Noor PK Osman.
Rombongan tiba di Dewan V. Meenachi Sundram pada jam 5 petang dan disambut mesra oleh Ketua Kampung, Pandian Krishnan bersama penduduk setempat dalam suasana penuh muhibbah dan hormat-menghormati.
Majlis tersebut dikendalikan oleh ðððŋð ððēððŪðŋ ðĢðððŪð ð§ðŪðąðķðļðŪ ððŧðžððŪððķ ððēðŋðąðķðļ, ð§ðĩðŪðŧðŪðđðŪðð°ðĩððšðķ ðĶðð―ð―ðŪððŪðĩ selaku pengacara majlis dan disusuli dengan dengan ucapan aluan oleh ððēðððŪ ððŪðšð―ððŧðī ððððēð ððŪðšð―ððŧðī ðĢðŪðąðŪðŧðī ððŋððąðąðŪ, ðĢðŪðŧðąðķðŪðŧ ððŋðķððĩðŧðŪðŧ.
Pandian dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian PERKIM Kebangsaan menghadiri majlis berkenaan serta mengiktiraf peranan organisasi itu dalam membina hubungan harmoni antara agama dan budaya dalam masyarakat majmuk.
Sebagai tanda penghargaan dan simbol penghormatan, Pandian telah mengalungkan bunga malai kepada Ustaz Jais Mariappan dan Fatin Akmal Aksah, sekali gus mencerminkan penerimaan dan keakraban hubungan antara PERKIM Kebangsaan dan komuniti setempat.
Pada majlis sama, Ustaz Jais Mariappan Abdullah dan Fatin Akmal turut diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pelajar Pusat Tadika Inovasi Cerdik yang telah menamatkan sesi pembelajaran mereka, sekali gus menyuntik motivasi kepada kanak-kanak serta ibu bapa yang hadir.
Menurut Ustaz Jais Mariappan, majlis seperti ini bukan sahaja meraikan kejayaan awal anak-anak, malah menjadi bukti bahawa pendidikan dan nilai kemanusiaan mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Tambah beliau, PERKIM Kebangsaan amat menghargai hubungan harmoni yang terjalin bersama komuniti di sini dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan demi masa depan generasi akan datang.â
Majlis tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama para pendidik, pemimpin masyarakat serta penduduk Estet Kampung Padang Krudda sebagai kenangan dan simbol kejayaan kerjasama rentas komuniti yang terjalin dengan baik.
Pada keesokan harinya, rombongan PERKIM Kebangsaan meneruskan agenda kebajikan di Buntong, Ipoh, Perak dengan menziarahi kediaman keluarga ððđðđðŪðĩððŪðŋðĩðŪðš ðĻðððŪð ððŪð·ðķ ððđðķ ðð ððķðŧ, ðŊðēðļðŪð ðĢðēðīðŪððŪðķ ððŪðļððŪðĩ ðĢððĨððð ððŪðĩðŪðīðķðŪðŧ ðĄðēðīðēðŋðķ ðĢðēðŋðŪðļ yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Disember 2025 lalu.
Ziarah tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa, pengorbanan dan sumbangan besar Allahyarham dalam membimbing serta membantu golongan mualaf di Negeri Perak sepanjang khidmat beliau bersama PERKIM.
Dalam kunjungan itu, PERKIM Kebangsaan turut menyampaikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ustaz Jais Mariappan mewakili Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg. Datoâ Dr. Mohamad Marzuki Mohamad Omar kepada ðŊðŪðđð ððđðđðŪðĩððŪðŋðĩðŪðš, ðŠðŪðĩðŪ ð ðŪð ð§ðŪðķð.
Ziarah kebajikan itu berlangsung dalam suasana sederhana, penuh kekeluargaan dan diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan oleh keluarga Allahyarham, mencerminkan semangat ukhuwah dan keprihatinan yang terus menjadi teras perjuangan PERKIM Kebangsaan dalam mendekati serta menyantuni masyarakat.

Ustaz Jais Mariappan menerima plak dan cenderahati daripada Pandian sebagai menghargai kehadiran PERKIM Kebangsaan sebagai tetamu khas.

Rombongan PERKIM di jemput ke pentas utama untuk bersama-sama menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid-murid Tadika Inovasi Cerdik.
|
Ustaz Jais Mariappan menyampaikan hadiah kepada murid Tadika Inovasi Cerdik yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun.

Fatin Akmal menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid yang telah menamatkan pembelajaran di Tadika Inovasi Cerdik.

Fatin Akmal bergambar bersama ahli keluarga dan murid-murid yang telah berjaya dalam aktiviti semasa sesi prasekolah mereka.

Wakil PERKIM Kebangsaan dan PERKIM Bahagian Negeri Perak serta ketua penduduk bergambar bersama pelajar yang telah menamatkan sesi prasekolah 2025.

Rombongan PERKIM Kebangsaan bersama PERKIM Perak telah menziarahi kediaman Allahyarham Ustaz Haji Ali AC Din di Buntong, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Ustaz Jais Mariappan mewakili Setiausaha Agung Kehormat PERKIM menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham, Waha Mat Tais bersama anak lelakinya.



