Kakak, Rakan Dorong Juhari Peluk Islam
KUALA LUMPUR, 9 JUN 2023 – Hasrat yang telah lama terpendam untuk memeluk Islam akhirnya tercapai setelah pemuda berketurunan Kadazan Dusun melafazkan dua kalimah syahadah di pagi Jumaat yang penuh barakah.
Juhari Jolami berusia 20 tahun melafazkan ikrar syahadahnya di hadapan Pengarah Kanan Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin bertempat di Bilik Hidayah, Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Jalan Sultan Azlan Shah di sini.
Beliau hadir bersama kakak sepupunya, Noranieza Majaif Abdullah setelah diminta oleh ibu Juhari melalui panggilan telefon dari Sabah meminta bantuannya untuk menunaikan hajat Juhari yang terpendam lama untuk memeluk Islam.
Juhari bersyukur kepada Allah SWT kerana impiannya tertunai untuk memeluk agama Islam.
Menurut Juhari, disebabkan akhlak dan peribadi mulia yang dipamerkan oleh kakaknya setelah memeluk Islam dan diikuti pula Noranieza.
Beliau juga ingin mengikut jejak langkah rakan-rakannya yang beragama Islam kerana apabila keluar bersama-sama, mereka akan bersolat, berpuasa dan beraya sedangkan Juhari tidak dapat menyertai mereka.
Petugas PERKIM Kebangsaan, Ustaz Amran Anbarasu Abdullah membantu pendaftaran pengislaman Juhari manakala Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat, Ustaz Mohd Suhaimi Abdul Aziz memberi penerangan berkenaan Rukun Islam, Rukun Iman, halal dan haram serta memimpin bacaan doa kesyukuran.
Dato’ Pengarah Kanan Dakwah bertemu dengan Juhari ketika sebelum upacara pengislaman.
Juhari mengikut sepatah demi sepatah perkataan lafaz kalimah syahadah yang diucapkan oleh Dato’ Razali.
Jumaat penuh barakah menjadi saksi pengislaman Juhari Jolami di Bilik Hidayah PERKIM Kebangsaan.
Dato’ Razali memberi penerangan mengenai tugas dan kewajipan sebagai seorang Islam kepada Juhari.
Juhari mendengar panduan penerangan memeluk agama Islam yang disampaikan.
Suhaimi memimpin bacaan doa kesyukuran.
Juhari bersyukur kerana telah menjadi seorang Muslim.
Bergambar sambil menunjukkan isyarat dua kalimah syahadah selepas pengislaman.