Air Mata Hidayah Muhammad Fahmi
oleh : SRZ
KUALA LUMPUR, 2 JUN 2023 – Titisan air mata Muhammad Fahmi menjadi saksi selepas melafazkan dua kalimah syahadah di pagi Jumaat yang penuh barakah ini.
Muhammad Fahmi berketurunan Iban yang berasal dari Sarawak mendapat hidayah selepas mengucap kalimah toyyibah di hadapan Pengarah Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin bertempat di Ibu Pejabat PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah di sini.
Upacara pengislaman turut disaksikan oleh Pengerusi PERKIM Cawangan Dato’ Keramat, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz; Pembantu Pegawai Unit Pembangunan Dakwah dan Operasi, Ustaz Haji Amran Anbarasu Abdullah serta Nur Akmar.
“Saya telah lama berhasrat ingin memeluk Islam, tetapi tidak kesampaian hinggalah ke hari ini, Allah SWT membuka pintu hidayah untuk memeluk Islam,” kata Muhammad Fahmi atau nama asalnya Stewart, 34, sambil mengesatkan air mata kesyukuran.
Ustaz Suhaimi turut memberi penerangan dan bimbingan mengenai asas Islam serta halal dan haram dalam Islam kepada Muhammad Fahmi manakala pendaftaran pengislaman dilakukan oleh Ustaz Amran.
Selepas memeluk dan mendalami Islam, Muhammad Fahmi berhasrat ingin menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya yang turut hadir di majlis pengislaman pada hari ini.
Majlis berakhir dengan penyampaian kit pengislaman dan bersalaman dengan Muhammad Fahmi.
Stewart atau nama Islamnya Muhammad Fahmi melafazkan dua kalimah syahadah di PERKIM.
Dato’ Pengarah Kanan Dakwah mengislamkan Muhammad Fahmi.
Keadaan Muhammad Fahmi selepas mengesat air mata hidayah.
Bacaan doa kesyukuran selepas pengislaman.
Muhammad Fahmi melengkapkan pendaftaran pada borang pengislaman.
Bergambar kenang-kenangan dengan mengangkat isyarat kalimah syahadah.